tak der sivik punya orang....remaja selfie depan mayat datuk



SEORANG remaja merakam gambar selfie di depan mayat datuknya sehingga mencetuskan kemarahan ramai.


RIYADH - Seorang remaja di sini yang merakam gambar selfie dengan menjelir lidah di hadapan mayat datuknya mencetuskan kemarahan orang ramai selepas dia memuat naik gambar itu di laman sosial.

Remaja yang tidak didedahkan identitinya itu meletakkan kapsyen gambar tersebut ‘Selamat Tinggal Datuk’.

Gambar yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit di sebuah hospital menunjukkan dia duduk bersebelahan dengan mayat datuknya yang terlantar di atas katil sambil menjelirkan lidah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam dan Media di Madinah, Abdul Razak Hafedh berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Pihak berkuasa kesihatan di Madinah sedang menyiasat kejadian itu sama ada gambar itu dirakam di hospital atau sebaliknya.

“Jika didapati bersalah, remaja berkenaan akan dikenakan hukuman tegas kerana melakukan perbuatan yang tidak bermoral,” katanya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI