awas...bahayanya penggunaan vitamin C awet muda
KOTA BHARU – Kegilaan wanita Malaysia untuk tampil muda, cantik dan berkulit putih gebu menyebabkan ramai yang sanggup bergadai nyawa mendapatkan suntikan vitamin C murah dengan cuma bermodalkan RM1 sebotol di kedai-kedai kecantikan di pekan Golok, Thailand.
Lebih mengejutkan, ramai yang tidak mempedulikan langsung mengenai kesahihan kandungan sebenar vitamin C murah itu, bahkan tidak kisah dengan kesan sampingan yang mengancam nyawa.
Berdasarkan pendedahan pakar kesihatan, penggunaan vitamin C secara berlebihan dan tanpa kawalan boleh menyebabkan seseorang mengalami kerosakan buah pinggang, penyakit hati, pandangan menjadi kabur, malah boleh membawa maut sekiranya suntikan itu terkena otot atau tisu lemak.
Tinjauan ke Pekan Golok yang hanya sejam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini mendapati hampir semua produk vitamin C yang dijual di puluhan kedai kecantikan dan ubat di situ tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa kesihatan negara itu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI