apa beza TSKI dengan azmin...?...tentulah jauh beza



TSKI  buat taik



azmin kena cuci....

PERJANJIAN Air (Langat 2) telah pun dimuktamadkan. Begitu lama isu ini mahu diselesaikan. Semua tahu cerita ini dimulakan oleh mantan MB Sgor, TSKI dan ditentang hebat ramai pihak atas satu sebab saja, iaitu TSKI gagal mendapatkan persetujuan dan gagal memaklumkan sebarang isi perjanjian Langat 2 ini kepada partinya sendiri bahkan Pakatan Rakyat.

Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN, Ketua Pembangkang dan selaku Penasihat Ekonomi Selangor waktu itu gagal dimaklumkan oleh TSKI, sebaliknya beliau membelakangkan bos beliau dan Pakatan Rakyat dan bergegas bertemu Najib di Putrajaya untuk mengadakan perjanjian ini. TSKI bertindak 'one man show". TSKI buat 'taik', kini Azmin sebagai MB Selangor terpaksa mencucinya.

Bukan mudah untuk batalkan satu2 perjanjian apatahlagi melibatkan Kerajaan Pusat dalam keadaan rakyat Selangor sering hadapi masalah air. Sebab itulah, sebarang perjanjian yg mahu dibuat adalah lebih baik dibawa berbincang dulu bersama pimpinan parti baik dan buruknya agar sebarang risiko kita boleh bertanggungjawab bersama.

Di antara salah sebab TSKI dipecat dari parti adalah kerana masalah 'disiplin'nya yang sering membelakangkan pimpinan dan parti di dalam tindakannya terutamanya yang melibatkan dasar PR. Sebelum Anwar ke penjara, Anwar menasihati Azmin agar berhati-hati dan mengkaji semula isi perjanjian tersebut. Asasnya, tumpuan hendaklah diberi kepada mengatasi masalah air, tetapi jangan sampai hak rakyat Selangor yang lain dirampas atau Selangor rugi di dalam perjanjian ini.

Anwar tidak arahkan batalkan perjanjian air, tetapi beliau mahu Azmin tidak melakukan seperti TSKI lakukan iaitu membelakangkan kepentingan dan kedaulatan negeri Selangor demi memenuhi selera kroni Umno/Bn, di samping Azmin mesti sentiasa berhubung dengan pimpinan dan rakan-rakan di dalam PR sebelum membuat keputusan. Semalam, setelah sekian lama Azmin 'study' perjanjian ini dan dikatakan terdapat beberapa pindaan yang telah dibuat di dalam perjanjian, dan jika ada pun kerugian di pihak kerajaan Selangor hasil dari perjanjian tanpa bincang oleh TSKI ini, Azmin telah cuba untuk meminimakannya.

Maka, semalam perjanjian ini dimuktamadkan. Ada yang bertanya apa beza Azmin dengan TSKI? Jawapannya banyak perbezaan. TSKI yang memulakan perjanjian, bukan Azmin. TSKI membelakangkan pimpinan parti dan PR di Pusat, manakala azmin pula telah berbincang isu ini beberapa kali dengan pimpinan parti dan PR serta Exco-Exconya. Kehadiran beberapa Exco dan pimpinan PR negeri dari Pas dan Dap sewaktu perjanjian ini dimuktamadkan sudah cukup membayangkan ianya tidak 'rahsia'. Apa yang pasti, selepas ini ada yang kata aku bodek Azmin. Lantak hang la, kalau aku bodek Azmin pun aku dapat apa? Aku bukan rakyat Selangor pun.



WFAUZDIN NS






##




wa siar dalam blog wa ini artikel  bukan wa bodek sape sape...perkara yang betul kita sokong ( bukan bodek )...

wa pun tak mahu jadi baruaaa selepas kuat membodek.....cukuplah KPN  jadi barua  najib....ha ha ha....

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI