mati di baham akibat terlupa kunci kandang harimau
MAYAT pekerja zoo berkenaan ditutup dengan kain putih. Gambar kecil, harimau yang membaham Martin.
Munster: Seorang pekerja zoo mati dibaham seekor harimau di depan pengunjung selepas dia terlupa mengunci pintu kandang ketika waktu makan.
Pekerja berpengalaman berusia 56 tahun itu sedang meletakkan makanan di luar kawasan kandang harimau Siberia itu di Zoo Munster, Jerman apabila dia diserang dari belakang.
Haiwan berkenaan menggigit leher pekerja itu yang hanya dikenali sebagai Martin H, menyebabkan dia mati serta-merta.
Ia tugas seharian yang dilakukannya apabila kejadian ngeri itu berlaku di depan pengunjung. Kejadian berpunca daripada kesilapannya kerana tidak mengunci pintu dalam kandang yang memnyebabkan harimau itu boleh menyerangnya.
Siasatan dilakukan pihak berkuasa untuk menentukan punca kejadian.
Bagaimanapun, teori paling kuat ialah ia berpunca daripada kesilapan manusia.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI