di indon dron pantau kesesakan balik raya...di malingsia...dron di gunakan intip pembangkang kot...?




AGENSI pengangkutan Indonesia memantau skrin besar yang memaparkan situasi trafik di Jakarta pada 11 Julai lalu.

JAKARTA – Indonesia menggunakan pelbagai teknologi termasuk telefon pintar dan pesawat dron bagi menangani huru-hara trafik semasa orang ramai berasak pulang ke kampung untuk berhari raya.

Beberapa hari menjelang sam­butan Hari Raya Aidifitri, jalan-jalan berlubang di Pulau Jawa sesak dengan jutaan kenderaan yang bergerak perlahan, manakala kemalangan pula kerap berlaku.

Bandar-bandar raya di Indonesia yang mempunyai penduduk Islam teramai di dunia akan kosong setiap tahun menjelang akhir Ramadan memandangkan orang ramai menyambut Aidilfitri di desa bersama keluarga masing-masing.

Tradisi balik kampung pada setiap tahun itu yang dikenali sebagai ‘mudik’ menyaksikan perjalanan beberapa ratus kilometer memakan masa sehingga 24 jam.

“Kami telah melakukan persiapan mental,” kata seorang penduduk Pulau Jawa, Astri Wahyuni yang bersiap sedia untuk pulang ke kampungnya di Jawa Tengah bersama suami dan dua orang anaknya bagi meraikan Aidilfitri esok.

Pada hari biasa, perjalanan mereka mengambil masa lima jam tetapi menjelang Aidilfitri, ia berlanjutan selama 25 jam.

Situasi tersebut mendorong polis Jakarta buat julung-julung kali menggunakan beberapa buah dron kawalan jauh bagi memantau trafik yang berasak-asak keluar dari kota metropolitan itu.

Pesawat itu akan menghantar imej masa sebenar ke pusat pemantauan trafik bagi membantu polis membuat keputusan pantas jika terdapat kesesakan teruk ataupun kemalangan.

“Jika berlaku kesesakan trafik atau kemalangan, kami boleh melihatnya dari udara,” kata jurucakap polis Jakarta, Muhammad Iqbal.

Polis turut melancarkan satu aplikasi telefon pintar yang membolehkan pemandu mengakses rangkaian televisyen litar tertutup (CCTV) polis melalui telefon pintar mereka untuk mengetahui situasi trafik semasa.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI