lebih sayangkan tingkap kereta dari nyawa anak
ANGGOTA bomba terpaksa memecahkan tingkap kereta untuk menyelamat kanak-kanak berkenaan.
Beijing: Seorang wanita dikecam selepas menghalang anggota bomba memecahkan tingkap kereta mewahnya untuk menyelamat anaknya yang terperangkap di dalam kenderaan itu.
Stesen televisyen rasmi China CCTV melaporkan, kejadian yang berlaku di bandar raya Yiwu di wilayah Zhejiang kelmarin menarik puluhan ribu kecaman di media sosial terhadap wanita berkenaan.
Orang ramai dilapor berkumpul selepas melihat kanak-kanak berusia tiga tahun itu menangis meminta tolong dari dalam sebuah BMW, tetapi terkejut melihat ibunya yang selamba berdiri di luar kereta itu.
Dengan tangisan kanak-kanak itu semakin lemah dan dia dilihat mencakar tingkap kereta, seolah-olah mahu membukanya, anggota bomba cuba memecah tingkap kenderaan itu, tetapi dihalang ibu mangsa.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI