yahoooo...minyak naik lagi...bertuah dapat KERA-jaan yang prihatin untuk pekenakan rakyat dulu...!!!
Bermula tengah malam tadi , harga runcit petrol RON 95, RON 97 dan diesel akan naik sebanyak 10 sen, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
"Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada 1 Jun 2015, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Jun 2015 adalah seperti berikut: RON95 : RM 2.05/liter, RON97 : RM 2.35/liter (termasuk GST 6%) dan DIESEL : RM 2.05/liter," kata KPDNKK dalam satu kenyataan ringkas di Facebook rasmi mereka
Pada Mei, harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal pada paras semasa.
Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.
Putrajaya tahun lepas memansuhkan subsidi petrol dan diesel serta memutuskan untuk melaksanakan apungan terurus dalam menentukan harga bahan api runcit berasaskan harga minyak mentah dunia.
Kerajaan akan memutuskan harga petrol dan diesel menerusi apungan terurus, berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kadar mata wang, serupa sistem yang digunakan untuk menentukan harga RON97 sejak Julai 2010.
Menerusi sistem itu, kerajaan akan mengira harga purata bagi bulan tertentu dan menetapkan harga untuk bulan berikutannya.
##
macai bodoh umno tengik dan geng haji hadi tolol tak serik serik kena kencing dengan UMNO lahanat...!!!
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI