di buli teman wanita hingga di paksa makan span dan sabun



GAGET bukan satu-satunya lelaki yang didera teman wanita di Perancis.

Paris: Seorang wanita yang mengurung teman lelaki dan menjadikannya hamba dihukum penjara tiga tahun, semalam.

Zakia Mdekour, 43, juga diarah membayar ganti rugi kira-kira RM800,000 kepada bekas teman lelakinya Maxime Gaget, 37, atas jenayah yang disifatkan pendakwa sebagai ‘keganasan terlampau.’

Pasangan berkenaan bertemu menerusi Internet pada 2007 sebelum Gaget berpindah ke rumah Zakia tujuh bulan kemudian dan tinggal bersama-sama dua anak wanita itu.

Mahkamah diberitahu bagaimana Zakia mencuri dokumen pengenalan diri, kad kredit lelaki itu, memaksanya makan span, minum air sabun, tidur di lantai dan menghalangnya mengguna tandas.

Selama lebih setahun Gaget menderita dipukul, dicaci, matanya disapu garam dan dihalang berhubung dengan dunia luar.

Zakia mengancam menuduhnya mencabuli dua anaknya jika lelaki itu melarikan diri.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, Gaget berkata: “Mulanya ada kasih sayang, kemudian perasaan takut, akhirnya malu. Sukar bagi lelaki mengaku dipukul wanita. Saya juga tidak membantah kerana mahu melindungi dua anaknya.”

Gaget bukan satu-satunya lelaki yang didera wanita di Perancis.

Menurut SOS Hommes Battus, persatuan yang menangani kes lelaki yang menjadi mangsa penderaan wanita di negara itu, pihaknya menerima lebih 7,000 aduan daripada lelaki mengenai kejadian seumpama itu setiap tahun

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI