maut di tikam todak



Lanes ditemui mati akibat ditusuk ikan todak di Hawaii pada Jumaat lalu. - AGENSI

HONOLULU – Seorang lelaki berusia 47 tahun di Hawaii maut selepas ditusuk seekor ikan todak semasa cuba menangkap haiwan tersebut kelmarin.

Lelaki itu, Randy Llanes, dilihat melompat ke dalam laut di Pelabuhan Honokohau di sini sambil memegang sebatang tempuling yang dipercayai digunakan untuk menangkap ikan todak berkenaan, kata beberapa saksi kejadian.

Dia ditemui mati tidak lama kemudian.

"Apa yang kami ketahui, beberapa saksi kemudian melihat lelaki itu terapung," kata pemangku Ketua Jabatan Bomba Hawaii Barat, John Whitman.

Llanes cuba membunuh ikan todak itu namun, dada kanannya dirodok haiwan tersebut, kata beberapa anggota polis.

Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital dan disahkan mati selepas beberapa jam.

"Ikan todak merupakan haiwan yang sangat agresif. Jika anda mengganggunya, ia akan mempertahankan dirinya dengan sebaik-baiknya," ujar Whitman.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI