ketagih tegar permainan dalam telefon bimbit ...dah kena langgar masih asyik main
LELAKI terbabit enggan bangun, sebaliknya terus bermain permainan dalam telefon bimbitnya..
Changsha: Seorang lelaki dirakam masih asyik bermain permainan dalam telefon bimbitnya walaupun terlantar di atas jalan raya selepas motosikalnya dilanggar kereta.
Gambar ini dirakam di Changsha, ibu negeri wilayah Hunnan di selatan China.
Lelaki itu dilanggar di persimpangan jalan yang sibuk, kelmarin.
Motosikalnya jatuh dan kotak dibawanya bertaburan.
Bagaimanapun, apabila polis tiba, lelaki itu enggan bangun, sebaliknya memberitahu mereka, dia mahu tunggu ambulans.
Kedegilan dan perbuatannya terus bermain dengan telefon bimbitnya menyebabkan kesesakan teruk.
Polis mengesahkan dia dibenarkan keluar dari hospital pada hari itu juga selepas doktor mendapati dia hanya mengalami luka kecil.
Beberapa media sosial percaya lelaki itu sengaja menjatuhkan dirinya untuk menuntut pampasan daripada pemandu kereta terbabit.
Seorang pengguna laman sosial menulis: “Ini satu lagi penagih permainan online.”
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI