peneroka Felda patut tolak alasan banjir punca harga saham FGV turun



Peneroka Felda  keseluruhannya  ( kecuali yang tolol ) sewajarnya  menolak alasan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) berkenaan kejatuhan harga saham dan prestasi syarikat yang lemah berpunca daripada insiden banjir tahun lalu, yang  kononnya menjejaskan operasi ladang mereka.

Peneroka juga  sewajarnya khuatir kesan akibat penurunan harga yang jatuh sehingga lebih 50% sejak disenaraikan kira-kira tiga tahun lalu.

Banjir besar melanda hanyalah di Kelantan yang tidak memiliki banyak ladang kelapa sawit.

Banjir teruk di Kelantan, berapa banyak tanaman FGVH di Kelantan?

Menurut laman web FGVH, ladang terbesar mereka kebanyakannya terletak di Pahang dan Sabah.

Banjir di Pahang juga tidak berapa teruk. Kita  tidak terima alasan itu. Ia hanya alasan untuk prestasi syarikat yang lemah.

Pada 28 Mei, akhbar The Star melaporkan kejatuhan itu disebabkan penurunan rating oleh penganalisis selepas syarikat itu menyaksikan prestasi yang teruk selepas disenaraikan.

Pegawai di FGVH berkata , harga CPO yang rendah di seluruh dunia dan insiden banjir tahun lalu dan awal tahun ini memberikan kesan kepada produk kelapa sawit dan penurunan pendapatan.

Kejatuhan harga memberikan kesan kepada 94,000 peneroka yang membeli saham FGVH dan kini membayar RM50 sebulan bagi pinjaman dilakukan untuk mereka membeli saham-saham tersebut.

Kejatuhan harga saham itu katanya turut memberikan pengurangan pendapatan kepada 113,000 peneroka yang merupakan ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF), menyaksikan mereka melabur sebanyak RM800 juta dalam FGVH tahun lalu.

Ia selepas KPF bersetuju untuk menjual 51% pegangan saham dalam Felda Holdings Berhad (FHB), pengeluar minyak mentah terbesar (CPO) kepada FGVH.

80% kekuatan KPF datang daripada pegangan dalam FHB yang mana membenarkan koperasi membayar dividen antara 15% hingga 16% setahun, antara yang tertinggi dalam dunia koperasi.

KPF mempunyai RM2.7 bilion dalam pegangan ahli. Ia antara 20 koperasi terkemuka di dunia.

Sebagai kesan kejatuhan harga saham FGVH, KPF dijangka mengumumkan dividen hanya sebanyak 10% pada mesyuarat agung tahunannya, yang dijadualkan pada 10 Jun..

Saham FGVH jatuh kepada RM1.92 pada 28 Mei, paling rendah sejak syarikat itu menyertai pasaran saham pada Jun 2012.

Dilaporkan ketika penyenaraian, sahamnya didagangkan pada kadar RM4.45 setiap unit, kedua terbesar di dunia selepas Facebook.

The Star pada 28 Mei melaporkan, suku pertama keuntungan bersih FGVH turun 98% kepada RM3.58 juta daripada RM143.63 juta setahun lalu.

Pada 8 April, ketika saham FGV turun kepada RM2.09,  94,125 peneroka yang masih lagi memiliki saham mereka dianggarkan mengalami kerugian sekitar RM177 juta.

Setiap peneroka memiliki pegangan 800 saham FGVH pada kadar RM4.45 seunit bernilai RM3,560.

Dua hari lalu,kejatuhan terbaru harga saham kepada RM1.92, menyaksikan setiap peneroka akan mengalami kerugian sehingga RM2,024.

Daripada RM3,560, nilai itu kini hanya RM1,536.






##



Ini nama nya konon kononnya  nak tolong melayu rupanya menipu melayu...makcik dan pakcik felda tak sedar sedar lagi kah....kah kah kah

Alasan dah diberikan oleh pihak pengurusan Felda. nak berguling atau nak hempuk kepala ke perdu kelapa sawit pun.. dah tak guna.. terimalah hasil yg korang semai sebelum PRU 13 dulu..
 x payah la susah2 tolong orang bodoh sombong.. biar depa rasa.


AgaknyasSaham itu kena air dan jadi cair. Itu sebabnya berat saham menjadi kurang menyebabkan harganya kurang juga. kah kah kah


selamat memperbodohkan diri wahai makcik dan pak cik felda sekelian...nak salahkan najib..salahkan diri sendiri dulu....dia tu penyamun...yang hang konon nak jadi penyanggak...hah elok lah  penyamun  dah tipu penyanggak....kah kah kah

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI