selamba ajer pandu kereta dengan IV Drip

SATU video di China menjadi viral apabila seorang wanita didapati dengan selambanya memandu kereta sambil sebelah tangannya memegang alat memasukkan air dalam badan atau iv drip yang biasanya digunakan pesakit yang ditahan di wad hospital.

Video itu dirakamkan seorang pengguna jalan raya yang memandu bersebelahan kereta berwarna biru milik wanita tersebut.

Daripada video dapat dilihat wanita itu memandu kenderaannya walaupun dia baharu sahaja mendapat rawatan di sebuah hospital berdekatan.

Menurut sumber, wanita itu dikatakan terpaksa memandu pulang apabila suaminya memaklumkan ada perkara penting yang perlu diuruskannya di rumah.

Laporan Yahoo News menyebut, walaupun memandu dalam keadaan tangan memegang iv drip, wanita itu selamat pulang ke kediamannya tanpa berdepan sebarang kecelakaan.

Jangan tiru aksi ni ya.. merbahaya woo



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI