ramadan yang suram di gaza



SEPERTI jutaan umat Islam di seluruh dunia, penduduk Gaza tetap mematuhi perintah agama walaupun menjalani ibadah itu dalam keadaan serba kekurangan.



SEBUAH keluarga di Gaza berbuka puasa berhampiran runtuhan bangunan, kesan daripada keganasan Zionis tahun lalu.




BERBUKA puasa bersama-sama keluarga menjadi amalan tradisi penduduk Palestin.


Dewan Perniagaan Palestin di Gaza berkata semalam, hampir dua juta penduduk wilayah berkenaan mengharungi Ramadan dalam keadaan ekonomi terburuk sejak puluhan tahun lalu.

Keadaan itu berpunca daripada keganasan Israel terhadap wilayah berkenaan dan kesan daripada kepungan rejim Zionis yang masuk tahun kesembilan.

Pengarah Perhubungan Awam Dewan Perniagaan Palestin di Gaza Maher Al-Tabbaa berkata, penduduk wilayah berkenaan juga menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan kadar pengangguran dan paras kemiskinan paling tingggi pernah dicatatkan.

Kadar pengangguran kini ialah 55 peratus, bermakna suku daripada sejuta individu di Gaza tidak mempunyai pekerjaan.

“Lebih sejuta penduduk Gaza tidak mempunyai pendapatan harian. Mereka mewakili 60 peratus daripada jumlah penduduk wilayah ini. Tambahan pula, kadar kemiskinan mencecah 39 peratus. Daripada jumlah itu, 21 peratus termasuk dalam kategori ‘miskin terlampau,’” kata Maher.

Menurutnya, Ramadan juga tiba ketika pasaran terjejas akibat kemelesetan ekonomi dengan kebanyakan kegiatan perdagangan, khususnya yang penting, tidak berkembang kerana mengalami penurunan jualan akibat kuasa membeli yang lemah dalam kalangan penduduk.

Menurut Maher, pepera­ngan 51 hari yang dilancarkan Israel terhadap Semenanjung Gaza tahun lalu meningkatkan jumlah penganggur di wilayah itu sebanyak 200,000 orang lagi.

“Mereka adalah pencari rezeki untuk kira-kira 900,000 orang,” katanya.

Untuk meringankan beban penduduk Gaza, Maher menggesa badan antarabangsa memberi tekanan terhadap Israel bagi memaksa rejim Zionis itu menarik balik kepungan dan membuka semua laluan perdagangan serta pelabuhan.

Menurut kenyataan Bank Dunia bulan lalu, kadar pengangguran di Gaza adalah antara yang paling tinggi di dunia.

“Hampir 80 peratus penduduk menerima satu bentuk bantuan dan 40 peratus hidup di bawah paras kemiskinan,” katanya.

Rejim Zionis mengepung Gaza sejak Hamas memenangi pilihan raya tempatan pada Januari 2006, kononnya untuk mengekang keganasan yang dilakukan kumpulan itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI