terlalu minat sukan motor sampai mati dan di kebumikan pun pakai sut perlumbaan




Jakarta: Seorang lelaki yang aktif dalam sukan motosikal lasak dikebumikan dengan memakai sut perlumbaan selepas dia meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Ganif Aryanto, 50, yang berasal dari Duwet di Sleman dekat sini meninggal dunia pada Sabtu lalu dan keluarganya memutuskan mengebumikan dia dengan memakaikan sut perlumbaan miliknya.

Ketika dikebumikan mayat Ganif dipakaikan sut perlumbaan berwarna merah dan hitam serta lengkap dengan sarung tangan dan but.

Isteri Ganif, Helly Barniati berkata, suaminya sangat meminati sukan lasak motor trail yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Katanya, suaminya sangat sayangkan sut perlumbaan miliknya itu yang sering digunakan ketika menyertai aktiviti lasak berkenaan.

“Beberapa bulan selepas disahkan menghidap kanser, suami saya masih menyertai aktiviti itu.

“Walaupun sakit dia tetap turun ke trek untuk menunggang motosikal bersama rakan-rakannya.

“Selepas berbincang dengan keluarga dan rakan, kami berpendapat Ganif pasti lebih tenang dikebumikan bersama sut kesayangannya itu,” katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI