namanya ajer negara berpenduduk islam terbesar di dunia tapi ramai yang murtad...lagi selebriti Indonesia murtad
Jakarta: Aktor terkenal Indonesia, Lukman Sardi secara terbuka mengisytiharkan dirinya murtad apabila mengumumkan dia memeluk agama Kristian.
Lukman, 43, yang popular dengan filem Laskar Pelangi membuat pengakuan berkenaan dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman YouTube pada 24 Mei lalu.
Video berkenaan menunjukkan Lukman yang berada di dalam sebuah gereja dan memberitahu dirinya keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.
“Saya berada di sini bukan kerana keinginan saya sendiri, tetapi Tuhan yang mahu saya berada di sini.
“Selama ini saya menghadapi banyak masalah sehingga berasa yakin untuk memeluk agama Kristian,” katanya.
Anak kepada pemain biola terkenal Indonesia, Idris Sardi sebelum ini berkahwin dengan seorang wanita Kristian yang dikenali sebagai Precillia Pulunggono.
Lukman bukanlah artis pertama Indonesia beragama Islam yang memilih untuk murtad dengan memeluk agama Kristian.
##
padahnya bila islam tidak di angkat di tempat yang sewajarnya...hukum islam dan pendidikan tak mahu di laksanakan demi menjaga kepentingan minoriti pihak sekular..maka segala maksiat dan kemurtadan bermharajalela...
tak heran kalau negara itu sering di timpa musibah...itu belum di kira kahwin campur ,duduk sebumbung tapi laki bini berlainan agama....anak anak ikut acuan citarasa masing masing...jahanam..
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI