PAS tak boleh sendirian jika mahu tumbangkan BN






Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya kembali kepada pendekatan yang ditinggalkan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha menyelamatkan gabungan pembangkang dan menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Anak bekas menteri besar Kelantan itu berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu.

Cara nak selesai, lebih baik melalui meja rundingan. Dalam PR ada Majlis Presiden, di sinilah ruang terbaik.

Parti PAS yang mesti memulakan inisiatif langkah terbaik, bincang secara teliti, ikhlas supaya dapat dikekalkan PR, sebab itu pendekatan Tok Guru..

Almarhum TGNA terlalu sayangkan ikatan sesama parti dalam PR melebihi kasih sayang kepada anaknya sendiri kerana sedar PAS tidak akan dapat mentadbir negara sendirian.

Landskap politik Malaysia memperlihatkan PAS perlu bersama sekutunya - PKR dan DAP - dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN.

PAS ini parti politik, sewajarnya di bezakan politik yang PAS nak bawa dengan lawannya, Umno, yang berasaskan kebangsaan dan sekular.

Kena faham ,di Malaysia, Allah buat ketentuan masyarakat majmuk dan agama pelbagai. Kalau kita fokus pada satu bangsa sahaja, dari segi logiknya agak sukar kita nak dapat kuasa.

Dari situlah yang kita kena  faham, Tok Guru beri perhatian serius kepada Islam dan bukan Islam. Selain untuk dakwah, Tok Guru lihat jangka masa panjang.

Nik Aziz jelas menunjukkan bagaimana akhlak pemimpin Islam yang sepatutnya untuk mendekati DAP bagi menghasilkan kejayaan dalam hubungan PR. 

Kalau kita berbaik melalui perbincangan, hormat-menghormati, ziarah-menziarahi, guna saluran perbincangan yang betul sebagaimana Tok Guru tunjuk dulu, mungkin suasana agak berbeza sikit. 

Kita masih ada ruang (untuk berbaik dengan DAP) sebab kita tahu DAP ini 90% pimpinannya bukan Islam. 

Kalau mereka tunjuk akhlak yang tidak sesuai dengan kita orang Islam, padanlah, sebab dia bukan Islam. Kita sendiri lebih sesuai tunjuk pendekatan Islam  kepadanya dan bukan sebaliknya 

PAS kini tidak berpijak kepada realiti dan cuba kembali kepada zaman retrogresif 1970-an. 

Mereka tidak berpijak pada realiti. Tak mungkin PAS boleh memerintah Malaysia atau negeri Pantai Barat tanpa berpakat dengan parti lain. 

Kalau hanya melihat PAS di Pantai Timur yang majoriti rakyatnya adalah Melayu, mungkin boleh berjuang sendirian.

Tetapi sejarah membuktikan PAS tak mampu membentuk kerajaan dengan berjuang bersendirian," malah sewaktu membentuk kerajaan negeri Kelantan pada 1990, PAS bermuafakat dengan Semangat 46.

Tanpa muafakat Angkatan Perpaduan Ummah, tak mungkin boleh bentuk kerajaan.

Ucapan penggulungan Hadi semasa muktamar lepas yang positif terhadap Umno jelas menunjukkan ahli Parlimen Marang itu dan pengikutnya tebal dengan semangat ketuanan Melayu. 

PAS harus sedar, Islam itu bersifat terbuka, inklusif dan rahmat, selaras dengan gerakan Islam yang tidak diturunkan kepada golongan tertentu.

Mereka  ini  tak dapat terima pendekatan yang dibina Fadzil untuk kembangkan PAS dan letakkan parti dalam persada arus perdana.

Di Malaysia berbeza dengan Arab. Kita di Malaysia pelbagai kaum, jadi, pendekatan kena berbeza.

Kita hidup di Malaysia perlu menerima masyarakat majmuk dan berkongsi kuasa. Malaysia tak boleh dipusatkan pada satu kaum pemerintahannya. Mesti berkongsi.

Kepimpinan PAS yang dahulu berbeza dengan kepimpinan sekarang apabila mengelak dari perbuatan keji dan mungkar.

Sifat terbuka PAS ditambah dengan budaya terlalu berpolitik, menjadikan pimpinan sekarang tidak mampu mengawal anasir buruk yang berlaku dalam parti.

Zaman dulu tak ada perebutan jawatan dalam parti dan masing-masing bukan nak melawan antara satu sama lain. Masing-masing menolak untuk memegang jawatan.

Mungkin juga mengambil kira pada waktu itu PAS tiada kerajaan negeri, tidak ada kekuatan seperti hari ini.

Walaupun ada perbezaan pandangan pada waktu itu, ia lebih dilihat sebagai satu perkara biasa yang berlaku dalam organisasi.

Tidak wujud cantas mencantas, fitnah memfitnah, label melabel maka perjalanan parti dipacu semangat persaudaraan. 

Hala tuju PAS apabila parti Islam itu kini dianggotai anak dan menantu Hadi,dan ini bukan kali pertama keluarga presiden dominan dalam parti.

Bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda yang terlebih dahulu mengamalkannya sehingga parti Islam itu dilabel sebagai parti keluarga.

Dulu masa zaman kemuncak Asri, ada gelaran yang diberikan kepada PAS. Ini kerana Asri presiden, ketua Muslimat isterinya, ketua Pemuda menantunya, AJK PAS yang lain kroni-kroninya. Dulu mereka namakan ‘Parti Asri Sekeluarga’, PAS.

Maknanya ini bukan kali pertama dominan keluarga presiden dilihat terserlah dalam PAS. Cuma soal yang lebih utama kita harap keberadaan menantu dan anak itu  kerana merit.

Mungkin mereka ada merit sebab mereka dipilih perwakilan. Mungkin perwakilan melihat mereka ada merit. Bukan melihat mereka anak Hadi atau menantu.

PAS perlu dilihat berbeza dengan parti lain kerana parti Islam itu dikurniakan dengan ramai pemimpin berkebolehan.

Ambillah pendekatan Khalifah Umar Abdul Aziz untuk mengelak berlakunya kepimpinan kekeluargaan dalam parti. 

Bila berlaku kekeluargaan dalam parti, ia menyukarkan keputusan dibuat secara kolektif, kerana ada keluarga dalam jawatankuasa kepimpinan. Bukan satu suasana yang baik dalam parti.







##




Sejak kematian TG Nik Aziz and dipenjaranya Anwar, Hadi semakin mendekati UMNO. PAS dibawah Hadi mementingkan ketuanan Melayu sebab itulah beliau nak memerintah bersama2 UMNO demi mempertahankan ketuanan Melayu! Begitu juga cita2 nak laksanakan hudud, hanya UMNO (yg mempunyai majoriti) boleh merealisasikan cita2 Hadi itu, sangka beliau...


PAS tak nak tumbang BN !

PAS hanya nak "tidur" bersama BN kerana mereka pecaya ini adalah peluang untuk memperluaskan agenda mereka.


Kalau ketua sesebuah parti boleh menyokong parti seteruk Umno Bn..... dgn mengatakan ianya tidak seteruk mana,di saat SATU Malaysia melihat banyak masalah seperti 1MDB..... bolehkah kepimpinan beliau dituruti lagi??? membiarkan parti dipatuk berkali kali oleh Umno Bn walaupon telah dipesan oleh arwah Tuan Guru Nik Aziz....... sedarlah geng geng UG!!!

PAS memang tak boleh menang secara bersendirian.... PAS yang lama semasa Arwah TGNA masih ada mempunyai harapan yang luas memenangi hati kebanyakan hati pengundi berbilang kaum di Malaysia,namun selepas permegian beliau,disusuli pula dgn ketua yang memang menyokong Najib semasa ramai merasakan Najib tidak mempunyai kepimpinan yang baik terutama dalam kes 1MDB, PAS sudah melePAS untuk bersama PKR dan DAP manakluki Putrajaya di GE akan datang....


PAS sudah melePAS untuk menjadi contoh terbaik disebabkan terlalu cenderung kepada kerajaan UG..... ketiadaaan kebijaksanaan dan kepimpinan utuh alahyarham TGNA amat dirasai...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI