Bulan Ramadan tiba lagi dan biasanya bulan mulia ini digunakan oleh orang Islam untuk menurunkan berat badan. Dari pengalaman peribadi jika anda berpuasa dan berdiet dengan betul, berat boleh turun sehingga 10 kilogram dalam masa 30 hari. Masalah kita orang Asia ialah nasi menjadi makanan ruji yang sangat “berbahaya” kepada diet. Jadi apakah cara paling mudah untuk mengawal jumlah nasi yang dimakan setiap hari?
Senduk nasi pintar Dretec keluaran Jepun ini mungkin dapat membantu. Ia bukan sahaja mengira berat nasi yang disenduk malah boleh menganggar jumlah kalorinya juga. Senduk pintar ini hanya memerlukan 3 saat untuk melakukan perkiraan. Ini adalah jauh lebih pantas dari mengiranya sendiri. Kepada insan yang malas mengira kalori dan gagal mengawal nafsu makan nasi, senduk ini mungkin dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Harga sebatang senduk pintar ini ialah sekitar RM 170.
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI