pengemis ‘Winnie The Pooh’ di Indonesia






Golongan pengemis sering mendapat pandangan negatif daripada masyarakat awam.

Kewujudan mereka dianggap sebagai satu ‘pencemaran’ buat warga kota dek kerana terlalu banyak kes pengemis palsu yang berselindung di sebalik sindiket haram dilaporkan.

Berlainan di Indonesia, rata-rata golongan pengemis di sana bukanlah melalui sindiket ataupun agensi yang melakukan penipuan. Di sana, mengemis adalah pilihan sendiri dan seakan pekerjaan tetap yang berdaftar.

Baru-baru ini, kisah kegigihan seorang pengemis tua yang menggunakan kostum watak kartun bagi mencari rezeki menjadi sensasi di Indonesia.

Suardi, seorang pengemis berusia 74 tahun yang mempunyai penyakit Angin Ahmar tetap meneruskan pekerjaannya di usia tua sebagai penghibur jalanan dengan menggunakan kostum Winnie The Pooh bagi menampung kehidupannya dan keluarga.

Bayangkan, dari awal subuh dia sudah keluar rumah untuk ‘meminta’ belas kasihan daripada masyarakat, dari rumah ke rumah atau di mana saja lokasi sebelum pulang dengan jumlah pendapatan tak sampai RM30 sehari duit kita.

Itulah yang dilalui dan ianya bukan lagi semata-mata untuk mencari rezeki, melainkan untuk survival hidup.

Namun walaupun dengan mengemis, Suardi dilaporkan mampu untuk menyara keluarganya sehingga ke hari ini.

Pada usia yang sudah menjangkaui setengah abad, dia akan berjalan sejauh beberapa kilometer sambil mengenakan kostum Winnie The Pooh di sekitar Sidarjo.

Menariknya, setelah kisah kehidupannya menjadi sensasi dan diketahui umum, dia berjaya meraih lebih 500 ribu rupiah (RM140) sehari.

Perkara tersebut telah membuatkan dia lebih bersemangat meskipun kondisi kesihatannya adalah di tahap yang kritikal.

Apa-apa pun, dengan umurnya yang sudah tua dan layak digelar ‘atuk’, sebaiknya dia tidak lagi melakukan kerja-kerja berat.

Rata-rata netizen Indonesia juga menyuarakan agar Suardi berhenti daripada ‘kerjayanya’ itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI