maut minum racun dalam air cola




China – Dua beradik yang baru berusia lapan dan 14 tahun meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas minum cola yang mengancungi racun, dipercayai dimasukkan oleh saudara lelaki mereka yang berusia 12 tahun.

Budak lelaki itu yang tidak didedahkan namanya memberitahu polis, dia telah meracun adik dan kakaknya dalam kejadian mengejutkan di sebuah kampung di Hunan.

Dua beradik itu rebah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

Darah dikesan mengalir dari mulut kedua beradik itu dan mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Doktor mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia akibat racun Tetramine.

Kejadian itu berlaku kurang tiga bulan selepas tragedi sama menimpa seorang budak lelaki yang berusia enam tahun, yang maut selepas makan gula-gula mengandungi racun tikus.

Budak itu ditemui oleh ibu bapanya di luar rumah dalam keadaan mata, telinga dan mulut berdarah. Dia meninggal dunia di hospital.

Menurut keluarganya, budak itu menemui gula-gula tersebut ketika bermain di padang dan menelannya tanpa mengetahui ia mengandungi racun tikus.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI