seronok tengok PAS kena kencing ...sia sia ajer ajak UMNO laksanakan RUU hudud...seumpama berjinak jinak dengan syaitan yang di kenali ajak amalkan kebaikan....padan muka...kah kah kah




Tidak kelihatan keazaman Umno pastikan KJS dilaksana

Biarpun sudah diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah peringkat Persekutuan, namun Umno dan Kerajaan Pusat dilihat masih berdolak-dalik.

Malah kemungkinan tidak dapat ditolak Umno akan kembali serius membincangkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan apabila tiba kempen Pilihan raya Umum ke-14.

Sedangkan pada 28 Mac tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom memberitahu di Dewan Rakyat, sekiranya kerajaan Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud, kerajaan Pusat turut bersama-sama.

“Terpulang kepada ahli-ahli Yang Berhormat untuk membawa usul persendirian bagi membentang Rang Undang-Undang daripada ahli yang bukan ahli kerajaan di Dewan Rakyat,” kata Jamil Khir ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Sehingga sekarang tidak kelihatan keazaman yang kuat daripada Umno untuk memastikan KJS dapat dilaksanakan di Kelantan.

Kita tahu Umno tidak ikhlas untuk memastikan perundangan tersebut benar-benar dapat dilaksanakan di negeri ini.

Ketidaksungguhan Umno juga dapat dilihat apabila sehingga sekarang gagal membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen.

Sedang difahamkan pada 15 Disember 2014 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju supaya pindaan di buat ke atas Akta 355.

Selain itu usul persendirian bagi membolehkan KJS dilaksanakan di Kelantan, yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi lepas tidak mendapat kebenaran parlimen.

Kita percaya Umno akan perap usul persendirian tersebut sehingga PRU ke-14. Kalau lulus pun mungkin pada peringkat bacaan pertama, selepas itu kerajaan pusat akan menangguh sekali lagi untuk membolehkan kajian  demi kajian  yang ntah  ntah ke berapa kali dilakukan kabinet,







##



nampaknya...Isu Hudud hanyalah permainan UMNO untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat. Tetapi golongan ulama dah makin sesat  arah tuju  politik islamnya  percaya kononnya  yakin  kejujuran UMNO mengenai hal hudud berkenaan.

Bergegak-gempita golongan pro-ulamak (baca: pro-UMNO) dalam PAS mengenai hudud beberapa minggu lalu. Dituduhnya mereka yang tidak bersetuju RUU itu dibentangkan sebagai anti-ulama malah anti-Islam. Akhirnya sekarang tiba-tiba senyap dan sunyi sepi bab hudud


Di dalam isu Bil Persendirian yang dihantar oleh Presiden PAS. Haji Hadi menyatakan apabila UMNO mengajak kita berunding, maka wajib kita terima, samada mereka ikhlas atau tidak, itu urusan Allah. 

Kita telah menyatakan kepada beliau bahawa UMNO sudah dikenali sebagai kumpulan penipu dan Rasulullah telah berpesan melalui hadithnya jangan dipatuk ulas dua kali. 

Apa jadi... semua orang tahu. Haji Hadi yang "yakin dapat memebntang Rang Undang undang itu pada sessi parlimen yang lepas diaibkan... "Masa tak cukup nak bentang.."... mudah saja ditipu.

Sekarang kena hantar semula Bil Persendirian berkenaan untuk sesi parlimen akan datang. Agak-agaknya dapat tak dibentangkan? Ia Bil Persendirian, maknanya terletak di agenda terakhir lagi.

Jawapan yang serupa akan diperolehi... tiada masa yang cukup untuk dibentangkan. Berapa kali sudah mahu dipatuk ular?


Itu sebab mengapa kita perlu prioritaskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman melalui Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hudud. 

Dan sebab itu juga penting kita menguasa Putrajaya terlebih dahulu. Semua ajensi kerajaan sudah dapat dita kawal...sistem pendidikan pun kita kawal dan subjek hudud boleh diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan untuk menerangkan hudud dan kebaikan-kebaikannya. Sedikit demi sedikit nanti rakyat akan faham mengapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari mana-mana pihak hatta DAP sekaipun dapat kita kurangkan bila kita berjaya meyakinkan mereka Islam itu adil kepada semua. 


Apa yang berlaku kini adalah disebaliknya. Timbul suara-suara pimpinan tertinggi PAS kata, hudud lebih penting dari Putrajaya, hudud lebih penting dari pakatan Rakyat dan seumpamanya macamlah UMNO 100% akan sokong hudud yang nak dibentangkan di Parlimen nanti...


Mereka yang hendak melaksanakan hudud sebelum rakyat dibangunkan dengan ciri kehidupan Islam adalah umpama orang yang turun berlari dari Bukit Uhud untuk merebut ghanimah, sedankan Islam belum betul-betul menang lagi. Akhirnya, musuh mengambil peluang merebut Bukit Uhud dan kemudian menghancurkan umat Islam yang berebut ghanimah itu. Bezanya ialah kalau di dalam Perang Uhud Rasulullah saw sendiri memerintah jangan turun dulu untuk merebut ghanimah, tetapi di dalam isu sekarang, pemimpin tertinggi PAS sendiri yang menyuruh turun rebut ghanimah!

Bangunkan dahulu kehidupan Islam. Itu penegasan Al-Qardhawi. Apakah Kelantan sudah beres membantu dan mebangunkan penduduk yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini contohnya? Kajian Merdeka Center sebelum ini adalah betul.

... Dalam tinjauan yang dilakukan terhadap 1008 pengundi, 84% daripadanya bersetuju usaha pemulihan pasca banjir diutamakan Kelantan pimpinan PAS ( daripada mengutamakan hal hududu) dan pandangan sama turut disuarakan sejumlah majoriti besar (81%) pengundi Melayu-Islam seluruh Semenanjung Malaysia.

"Cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk menarik perhatian terhadap enakmen kanun jenayah hudud ini tidak akan meningkatkan kedudukan parti memerintah negeri (PAS) di kalangan pengundi Kelantan ataupun pengundi beragama Islam di peringkat nasional.

"Perkara ini mengimbas semula prestasi teruk parti tersebut semasa Pilihan Raya Umum 2004 di bawah manifesto 'Negara Islam' yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan hampir kalah di Kelantan," kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian dalam satu kenyataan...



"ayam terlepas tangan bau tahi". Hudud gagal dkemukakan, hubungan PAS dengan rakan komponen Pakatan Rakyat pula jadi berantakan. 


HUDUD ada lah permainan UMNO. Itu jelas.

Yang rugi adalah rakyat.

Orang Orang Melayu paling rugi di tipu bangsa pemimpin sendiri. Itu Fakta!

Hadi cerdik ?

Tidak. Hadi adalah BARUA yang menghancur kan bangsa sendiri.

Yang untong.

Bangsa Cina dan India. Cina lebih mudah membina ekonomi dengan India kerana tidak banyak masalah.

Yang menganggur dan meminta minta.

Hanyalah Orang Orang Melayu PAS dan UMNO serta PKR

Dengan ada nya Rohingya lebih murah menjana ke untungan dari mengambil pekerja Melayu

Apakah Melayu Menang?


Melayu menang hu ha saja , duit tetap tak ada...kah kah kah

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI