nampak benar nipunya....beli murah bila di nilaikan semula jadi berkali ganda tinggi...RM51.4 bilion jumlah aset diaudit 1MDB










Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014 adalah RM51.4 bilion, menurut satu jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat.

Ia merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa RM31.9 bilion, kata jawapan kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta menteri kewangan menjelaskan mengenai perkara itu.

Jawapan itu menyebut 1MDB mempunyai kedudukan aset-aset yang kukuh antaranya tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur.

Aset lain adalah tanah di Pulau Pinang seluas 94.69 hektar serta 13 loji jana kuasa dan penyahgaraman (desalination) di lima negara.

"Nilai aset-aset 1MDB adalah disokong oleh laporan penilaian yang berkenaan atau nilai buku (book value) yang  disahkan oleh juruaudit bebas (Deloitte)," menurut jawapan itu.

Menurut jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya) juga ditujukan kepada Menteri Kewangan, aturan antara 1MDB dan International Petroleum Investment Corporation (Ipic) dibuat secara “arm's length” dengan terma-terma komersil yang mengikut piawaian pasaran.

Ini berdasarkan maklumat yang dikemukakan pihak pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan.

"Pengumuman yang sewajarnya akan dibuat apabila nilai muktamad penebusan opsyen diselesaikan dan akan dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit akan datang," kata jawapan itu.

Pua bertanyakan sebab 1MDB memperoleh jaminan daripada Ipic untuk terbitan-terbitan bon bernilai AS$3.5 bilion, yang menurutnya mengenakan syarat-syarat yang begitu menyeksakan.

Ia juga bertanya jumlah yang dibayar 1MDB untuk menebus opsyen yang diberi kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS.





##



Rakyat nak tahu ke mana pergi duit berbillions yg dipinjam tu....bukan nilai aset yg dibeli murah dan dinilai tinggi mengikut pasaran skg atau masa depan....ini nak bayar faedah pun ada masalah...

adakah kamu fikir  rakyat  akan percaya  dengan audit yang di buat oleh Deloitte?...jangan mimpilah...!!!

ingat bukan kambing hitam yang di cari tetapi  pelaku utama iaitu menteri kewangan  wajar  di tangkap dan di dakwa  kerana cubaan melindungi  penyelewengan yang berlaku dalam 1 mdb

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI