pejuang IS tambah kekuatan di Ramadi
KUMPULAN pemberontak Sunni Iraq dan tentera kerajaan berbalas tembak dengan pejuang IS berhampiran loji penapisan minyak Baiji, kira-kira 200 kilometer ke utara Baghdad, Iraq kelmarin.
BAGHDAD – Kumpulan pejuang Islamic State (IS) menambah bilangan pejuang ke Ramadi ketika pasukan keselamatan Iraq dan militia Syiah bersiap sedia untuk menawan kembali bandar Iraq itu.
IS mengerahkan pejuang-pejuangnya untuk melakukan persiapan memerangi pasukan keselamatan dan kumpulan separa tentera yang sedang mara ke Ramadi. Bandar Ramadi terletak sekitar 110 kilometer ke barat daya ibu kota Iraq, Baghdad.
Pasukan keselamatan Iraq telah cuba menawan kembali kawasan di timur Ramadi selepas melancarkan serangan balas pada Sabtu lepas, seminggu selepas bandar itu jatuh ke tangan IS.
Dalam pada itu, Washington kelmarin memujuk Baghdad susulan kritikan pedas seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) terhadap pasukan keselamatan Iraq.
Naib Presiden AS, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Iraq, Haidar al-Abadi selepas Setiausaha Pertahanan Ash Carter mempersoalkan semangat juang tentera Iraq selepas Ramadi jatuh ke tangan IS.
Usaha memperbaiki hubungan dengan Baghdad itu dilakukan selepas kejatuhan Ramadi dan bandar Palmyra di Syria mencetuskan kesangsian berhubung strategi AS dalam memerangi IS.
“Bidden mengiktiraf pengorbanan besar dan keberanian tentera Iraq sejak 18 bulan lalu di Ramadi dan di tempat lain,” kata White House dalam satu kenyataan mengenai perbualan Biden dengan Haidar.
“AS akan melakukan segala yang terdaya bagi membantu tentera Iraq termasuk kabilah-kabilah di Anbar untuk menawan kembali wilayah itu daripada IS,” tambah kenyataan tersebut
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI