polis tidak amal siasatan terpilih, kata Zahid...buktikan...?... omong kosong ajer...lu pikir semua rakyat boleh di bodohkan dengn menilai apa yang lu cakap...!!!



tiada pilih kasih..? lu fikir rakyat bodoh sangatkah..?..mana ada telor KTN nih nak ambik tindakan kat abang dia..!!..reman dia kalau berani...???


Putrajaya kelmarin  menafikan pihak berkuasa mengamalkan siasatan secara terpilih dalam kes 2 insiden protes, iaitu protes salib gereja bulan lepas dan perhimpunan bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada Mac.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan dijalankan secara adil tanpa mengambil kira sama ada kes itu membabitkan individu berpengaruh atau tidak.

Beliau berkata, dalam kes bantahan gereja di Taman Medan, Petaling Jaya itu, pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut Seksyen 448/551 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba melakukan pencerobohan bangunan.

"Mereka yang dikenal pasti terlibat dipanggil memberi keterangan dan polis dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada peguam negara untuk tindakan lanjut," katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang di Dewan Rakyat,.

Zahid berkata tindakan sama juga turut diambil ketika menjalankan siasatan berkaitan himpunan anti-GST di Wisma Kastam, Kelana Jaya, apabila seramai 79 peserta protes ditangkap.

" Seramai 25 direman selama 2 hari. Selebihnya dilepaskan dengan jaminan polis.

"Seramai 52 orang dituduh di Mahkamah Petaling Jaya secara berperingkat pada 23 April dan 2 Mei ini.

"Sebutan semula bagi pengurusan kes ditetapkan pada 26 Mei," katanya.

Protes itu dianjurkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 23 Mac bagi menuntut jawapan kepada 106 soalan berkaitan GST yang diserahkan kepada Jabatan Kastam.

Menjelaskan tindakan penahanan, Zahid berkata, meskipun dalam Perlembagaan Malaysia membenarkan hak untuk berhimpun dan bersuara, ia juga meletakkan batasan pada kebebasan itu.

"Dalam erti kata lain, tiada hak mutlak diberikan oleh seseorang untuk berhimpun dan bersuara terutama sekali yang jelas melanggar undang-undang negara."

Sebelum ini pihak pembangkang lantang mengkritik kementerian tersebut, terutama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, mendakwa wujud amalan pilih kasih dalam menyiasat 2 protes itu.

April lalu, kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu yang terletak di sebuah rumah kedai di Taman Medan, menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana ia dikatakan mengancam Islam.

Salah seorang peserta protes yang didakwa mengetuai bantahan tersebut ialah abang kepada Khalid, Datuk Abdullah Abu Bakar, yang kemudiannya menjelaskan kehadiran beliau ialah untuk mententeramkan keadaaan.






##





ini negara polis samseng....buat suka hati lu...jangan pikir  rakyat   boleh  di paksa  menerima  yang lu cakap...realitinya kroni di utamakan ,pilihkasih  amalan mulia kerajaan yang memerintah...


setakat  bercakap sape pun boleh cakap...pencuri dan perompak duit rakyat pun boleh cakap...menafikan yang dia tak buat kerja  jijik tu..

polis anti rakyat tidak pernah membuktikan mereka tidak pilih kasih, Zahid sila beri satu bukti yg polis tidak pilih kasih dalam siasatan mereka?

kenapa polis tidak tangkap dan reman rusuhan di Taman Medan kenapa demo bantah GST terus ditangkap dan direman pula? Ini menunjukkan polis bertindak pilih kasih.

Nampak dgn jelas mmg berat sebelah. Nak nafi camne lagi. Kami semua bukannya buta.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI