angkara bom lama perang dunia kedua di temui , 20 000 orang terpaksa di pindahkan



 SEKUMPULAN warga tua bersedia untuk dipindahkan dari rumah orang tua di Cologne, Jerman  kelmarin.

BERLIN – Pihak berkuasa memindahkan kira-kira 20,000 orang dari kediaman mereka di bandar raya Cologne, barat daya Jerman selepas sebutir bom era Perang Dunia Kedua ditemui semasa kerja-kerja pembinaan.

Bom buatan Amerika Syarikat itu yang tertanam lima meter di bawah tanah ditemui pada Jumaat lepas.

Senjata itu diletupkan lewat semalam, manakala trafik dekat sungai Rhine juga dihentikan semasa operasi meletupkan bom tersebut, kata beberapa pegawai.

“Penduduk yang tinggal dalam lingku­ngan satu kilometer dari lokasi penemuan sudah diberitahu supaya meninggalkan kediaman mereka termasuk kira-kira 1,100 penghuni sebuah rumah orang tua,” kata mereka.

Zoo Cologne yang berada dalam zon berbahaya itu turut ditutup semalam.

Beratus-ratus anggota polis, bomba dan pembantu lain terlibat dalam usaha memindahkan penduduk yang merupakan perpindahan terbesar sejak Perang Dunia Kedua berakhir.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI