puyooo...anjing pun pakai apple watch maaa...!!!






China – Kalau dah kaya, anjing pun boleh dibelikan jam. Bukan sembarang jam tetapi jam jenama Apple Watch.

Itu yang dilakukan oleh anak seorang jutawan, Wang Sicong, 27, yang membelikan dua jam berkenaan yang bernilai RM7,200 setiap satu.

Sicong yang merupakan anak tunggal kepada jutawan Wang Jianlin, mengikut jejak bapanya yang terkenal dengan sikap boros.

Sicong begitu sayangkan anjingnya itu dan tidak kisah membelanjakan wang untuknya.

Namun ramai pengguna media sosial yang menyifatkan Sicong sebagai anak orang kaya yang tidak matang.

Bagaimanapun bagi yang mengenali gaya hidup Sicong, pembelian jam itu bukan sesuatu yang mengejutkan malah sebagai anak tunggal hidupnya dikelilingi dengan harta benda dan kemewahan.

Bapanya sendiri mempunyai dua jet peribadi, sebuah bot laju serta kelab bola sepak sendiri.

Ketika ulang tahun ke 27 Sicong, ibu bapanya telah menyewa resort di Sanya untuk meraikannya dan turut menjemput kumpulan kegemaran anaknya dari Korea, T-ara.

Apple Watch itu bukan hadiah mahal yang pernah diterima oleh anjingnya malah awal bulan ini, anjing itu menerima beg tangan jenama Fendi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI