bagaikan jaring tersangkut di pukat...perkhidmatan Internet pertama Malaysia, Jaring dibubarkan




Pembekal Internet pertama Malaysia, Jaring Communications Sdn Bhd kini diletakkan di bawah penjagaan seorang pembubar selepas arahan mahkamah Khamis lepas.

Berita tersebut mendapat reaksi sedih berbaur gembira daripada tokoh yang memainkan peranan penting dalam membawa perintis Internet di dalam negara 30 tahun lalu, Dr Mohamad Awang Lah.

Dalam tulisan di Facebook semalam, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Jaring itu berkata, beliau sedih kerana entiti yang dibantunya untuk dibina pada 1986 di bawah nama RangKoM, yang kemudiannya dilancarkan dengan nama Jaring pada 1992, dibiarkan merosot kepada keadaannya kini.

Jaring juga merupakan subsidiari Mimos dan kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Kewangan pda 2007.

“Saya tidak ada kaitan dengan syarikat ini lagi setelah bersara pada tahun 2010. Namun, bagi saya peristiwa ini menyedihkan dan juga menggembirakan.

“Sedih kerana entiti yang memperkenalkan perkhidmatan Internet di Malaysia dibiarkan sedemikian rupa. Gembira kerana satu pihak yang lebih bertanggungjawab diberi kepercayaan untuk menguruskannya buat sementara.

“Saya harap ia boleh dipulihkan segera,” katanya.

Selepas bersara, jawatan Mohamed diambil alih oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai CEO baharu bermula 1 Mac, 2011.

Pada Ogos tahun lepas, Jaring dilaporkan di beli oleh  Utusan Printcorp dengan harga lebih RM100 juta.

Beberapa bulan kemudian pada Oktober, di laporkan  70 pekerja Utusan Printcorp mengadakan protes menuntut gaji mereka yang tidak berbayar selama 3 bulan.

Pekerja Jaring juga antara mereka yang dilaporkan tidak dibayar gaji.

Jaring juga antara 3 kontraktor yang menerima bayaran penuh RM88.13 juta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi projek jalur lebar yang tidak lengkap di Sabah dan Sarawak, menurut beberapa siri pertama Laporan Ketua Audit Negara 2014, seperti dilaporkan News Straits Times Online.

Semasa memegang jawatan CEO, Mohamed dikenali sebagai penyokong sistem terbuka untuk jaringan jalur lebar.

The Edge melaporkan pada 2008 pendirian beliau bagi pemilikan jaringan tersebut adalah berasingan dengan pendirian pembekal perkhidmatan tersebut.

Mohamed juga merupakan naib presiden kanan Mimos Berhad dan bertanggungjawab mennguruskan Jaring dan menyelia operasi penyelidikan dan pembangunan di dalam Mimos.

Beliau memulakan kariernya sebagai seorang jurutera di Lembaga Letrik Negara (LLN) pada tahun 1976 dan merupakan tutor di Fakulti Kejuruteraan di Universiti Malaya dan merupakan Timbalan Dekan fakulti sejak 1983.

Beliau memperoleh ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang elektronik dan kejuruteraan elektrik dari King’s College, University of London pada 1976 dan mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam Elektronik dan Kejuruteraan Elektrik dari universiti yang sama pada tahun 1980.






##




Sepatutnya Jaring ini ditukar nama 'Pukat'. Pukat tarik pelan pelan...seach internet pun pelan pelan. Memang patut pun dibubarkan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI