wilayah laut sensitif...hanya pulau kukup ajer ke...? pulau pisang bagaimana...? tiada telor nak di ambil tindakan ke..?,...kata sensitif..? rakyat johor dan negara ini amat sensitif bab ini...!!!
JOHOR BAHRU – Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mewartakan penentuan wilayah laut sensitif (PSSA) mulai Januari tahun hadapan.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kawasan perairan Pulau Kukup sehingga ke Tanjung Piai yang merangkumi anggaran kawasan seluas 550 kilometer itu dikenal pasti oleh Pertubuhan Marin Antarabangsa (IMO) sebagai kawasan yang boleh diwartakan sebagai PSSA.
Beliau berkata, dengan pewartaan itu, tindakan penguatkuasaan boleh dilakukan dengan lebih giat lagi terhadap kapal-kapal yang melalui kawasan perairan termasuk berlabuh berdekatan.
“Masalah kita ialah kapal-kapal itu berlabuh di perairan antarabangsa tapi sampah masuk ke perairan kita, jadi kita berhadapan isu penguatkuasaan.
“Jadi atas dasar itulah kita ambil tindakan seperti mewartakan kawasan sebagai PSSA dan berharap setelah diwartakan, tindakan penguatkuasaan boleh dipertingkat lagi,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2015 peringkat negeri di Zoo Johor di sini
##
kalau sensitif....sila ambil tindakan ke atas pulau pisang....tak kan nak biarkan singapura jajah negara kita pulak...cukup lah dengan pulau batu putih...
tiada telor nampaknya kerjaaan UMNO nih....kedaulatan negara ini di biarkan di jajah oleh penjajah yahudi sinagpura....hidup melayu...!!!
Singapura mengakui pulau itu adalah milik Malaysia. Namun segala aktiviti dan seliaan pulau itu adalah dibawah kawalan republik itu...
Setakat ini Singapura memang tidak membuat sebarang tuntutan lagi tapi kita perlu berwaspada. Pulau Batu Puteh itu satu isu yang sangat sedih buat sejarah Malaysia...namun kita harus ingat...
Pulau Batu Puteh itu telah diuruskan oleh Singapura dan perkara itu menjadi asas tuntutan republik tersebut.
Malaysia wajar segera mengambil langkah berwaspada dengan mentadbir pulau yang terletak kira-kira 8 kilometer di luar perairan Pontian itu.
Sekiranya Malaysia melakukan pendudukan efektif ke atas pulau tersebut seperti mentadbirnya, kita mungkin tidak akan hilang kelayakan untuk mengatakan pulau itu adalah hak milik kita.
baca ini lagi...Pulau Pisang: Singapura boleh tuntut hak
SHAH ALAM - Singapura boleh menuntut Pulau Pisang sekiranya republik itu mengamalkan ‘pendudukan efektif’ di pulau berkenaan untuk satu tempoh yang lama mengikut Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).
Pemerhati undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, jika Malaysia mengakui sebagai pemilik bagi sesebuah kawasan maka perkara itu perlu dibuktikan kepada negara-negara lain dan juga seluruh dunia.
“Dari sudut UNCLOS, cara sesuatu tempat boleh dituntut oleh negara lain ialah dipanggil ‘effective occipation’ (pendudukan efektif). Maknanya kawasan itu diduduki atau diuruskan oleh negara berkenaan.
“Saya tidak pasti situasi sebenar di Pulau Pisang tetapi sekiranya pulau itu juga ditadbir oleh Singapura bagi tempoh masa yang panjang dan kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah tuan punya pulau itu, maka Singapura boleh buat tuntutan,” katanya
sialp silap nanti orang lain dapat kebun pisang....kita rakyat negara ini dapat pisang busuk ajer jika beginilah sikap kerajaan UMNO yang memerintah...!!!
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI