saham susut nilai tapi pengerusi Google terima bayaran AS$109 juta tahun lalu...wow...!!
7:43 PG
amerika syarikat
,
bayaran
,
berita
,
google
,
luar negara
,
lumayan
,
pengerusi
,
saham
,
susut nilai
Edit
SAN FRANCISCO – Enjin carian internet, Google membayar Pengerusi Eksekutifnya, Eric Schmidt (gambar) hampir AS$109 juta (RM389.63 juta) tahun lalu semasa saham firma berkenaan merudum.
Sebahagian besar bayaran itu melibatkan saham bernilai AS$100 juta (RM357.46 juta).
Ia pakej saham terbesar yang diterima Schmidt sejak 2011 apabila Google Inc. memberikannya saham bernilai AS$94 juta (RM336.01 juta) semasa beliau melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Google kepada pengasas bersama firma itu, Larry Page.
Beberapa dokumen yang difailkan kepada pihak berkuasa kelmarin mendedahkan bahawa Page mengehadkan gajinya kepada AS$1 (RM3.57) pada 2014 seperti yang telah dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.
Selain saham, Schmidt turut menerima gaji berjumlah AS$1.25 juta (RM4.46 juta), bonus mencecah AS$6 juta (RM21.44 juta) dan beberapa imbuhan lain yang bernilai hampir AS$1 juta (RM3.57 juta).
Dalam pada itu, majalah Forbes menganggarkan Schmidt sudah mempunyai kekayaan sebanyak AS$9 bilion (RM32.17 bilion)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI