bayi lahir 4 tangan, 4 kaki di anggap tuhan...!!!




Dumri-Isri : Ribuan penganut Hindu berkunjung ke bandar kecil ini di negeri Jharkand, timur India, untuk menyembah seorang bayi yang dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan.

Bayi itu yang lahir sedemikian kesan daripada kembar siam tidak menjadi, dianggap sebagai jelmaan Tuhan Ganesha.

Sehingga semalam dia masih belum diberi nama.

Ganesha adalah antara Tuhan yang paling banyak disembah oleh penganut Hindu dan digambarkan sebagai seekor gajah bertangan empat.

Seorang pengunjung Kuntalesh Pandey memberitahu media tempatan, dia datang sejauh 72 kilometer untuk melihat bayi itu.

“Apabila saya menerima gambar bayi berkenaan daripada seorang rakan, saya tidak mempercayainya. Tetapi apabila dia mengesahkan ia benar, saya terus datang,” katanya.

Keadaan ibu bayi itu, Ureda Khatun, tidak diketahui.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama seorang bayi disembah oleh penganut Hindu selepas dilahirkan dengan keadaan fizikal luar biasa.

Tahun lalu, seorang budak yang lahir dengan ‘ekor’ sepanjang suku meter mengumumkan dia mahu menjalani pembedahan membuangnya, walaupun disembah sebagai Tuhan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI