mahathir yang tak paham atau ahmad maslan yang bengap...belajar matematik mana...GST boleh turun harga barang....banggang ke apa...?

Dr Mahathir tak faham GST, kata Ahmad Maslan







kebodohan tahap gaban ahmad maslan menteri cap ayam  sampai menyebabkan emak dia  dan dia sekali jadi bahan lawak dan cercaan...padan muka..cakap lagi macam orang bodoh...!!!


Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak faham dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

 "Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.

Dr Mahathir hari ini mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya.

Beliau sebaliknya menyarankan kerajaan seharusnya hanya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan.

"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir menyatakan pendirian sedemikian, sebelum ini beliau memberi gambaran Barisan Nasional (BN) bakal hilang undi jika GST terus dilaksanakan mengambilkira beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Pelaksanaan GST menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat bawahan kerana terpaksa berdepan dengan satu sistem cukai yang lebih menyeluruh dan menyaksikan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Bagaimanapun, Ahmad seringkali mempertahankan GST dengan mengatakan harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih murah.

Malah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini juga mencetuskan kontroversi apabila mengecam Ahmad dalam sebuah forum yang diadakan di Shah Alam.

Selain itu, Ahmad juga menjadi bahan ejekan di dalam media sosial ekoran kenyataannya yang hanya menambah kemarahan orang ramai





##


Rakyat faham lebih faham  GST  yang  telah memaksa mereka membayar dengan harga yang lebih pada barang sedia mahal. Justru rakyat sedia tolak BN pada PRU yang akan dating. BN bukan lagi pilihan yang meyakinkan rakyat kerana janji mahu mendahulukan rakyat sudah bertukar menjadi mendahulukan GST pulak.

Nampaknya, cuma Ahmad Maslan seorang sahaja yang faham GST. Kalau begitu, lebih baik batalkan GST sehingga lebih ramai orang faham.

GST x sesuai di Malaysia..rakyat sengsara...bukti dah ada...bulan puasa nanti tgklah...harga brg/mknan melambung2 naik...org kaya memang xde masalah...nak beli kurma ada gst jugak ke ?

Jadi   kita kena  send satu message juat kuat begi BN di by-election Permatang Pauh and Rompin, kita tak suka GST

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI