resepi gulai siput sedut special + batang keladi




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg siput sedut
1 pokok sederhana keladi minyak @ keladi sayur
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
Secubit belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)

Siput sedut dicuci bersih, kemudian potong muncung siput sedut tadi, potong pada ruas ke-3 dari atas. Guna ragum atau player untuk memudahkan kerja. Cuci bersih dan toskan. Batang keladi dibuang kulit luarnya, kerat2 pendek dan celur dalam air mendidih yang dimasukkan asam gelugor, hingga lembut. Kalau nak masukkan ubi keladi pun boleh, rebus dulu kasi 3/4 empuk. Ketepikan.

Masukkan siput dalam bekas besar. Kemudian tuang air, cedok siput sedut guna tangan dan masukkan ke dalam periuk, dengan cara ini serpihan kulit siput akan tertinggal. Kemudian tambah serai titik dan bahan2 kisar halur. Kacau rata dan masak hingga siput berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.

Masukkan asam gelugor dan ubi keladi (jika guna). Masak hingga ubi keladi empuk. Tambah batang keladi, tuang pati santan, kacau dan biar mendidih. Masukkan daun kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap hingga batang keladi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI