naik kuda ke sekolah



SETIAP hari kanak-kanak ini perlu menunggang kuda selama tiga jam untuk ke sekolah.

GUANGGXI, China – Demi mendapatkan ilmu, tiga kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menunggang kuda selama tiga jam setiap hari semata-mata mahu pergi ke sekolah yang terletak kira-kira 16 kilometer dari rumah mereka di Kampung Mudong di sini.

Kanak-kanak itu, Huang Shijun, Huang Chenbin dan Huang Lingyan akan ditemani oleh datuk mereka iaitu Huang Fengjun yang akan berjalan kaki merentas jalan berbukit, berlumpur dan berliku sebelum sampai ke Sekolah Rendah Liuli.

“Selepas menghantar mereka, saya akan berjalan kaki semula ke rumah untuk menyambung kerja harian sebagai petani manakala kuda tersebut akan diikat berhadapan dengan kawasan sekolah,” ujarnya.

Kanak-kanak ini berkongsi dua ekor kuda untuk ke sekolah yang mempunyai seorang guru dan dua buah kelas terdiri daripada 19 orang pelajar setiap satunya.

Menurut Fengjun, denai tersebut merupakan satu-satunya jalan yang ada di kampung tersebut dan kadang kala ia tidak boleh dilalui terutama ketika musim sejuk


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI