resepi ayam masak briyani




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ekor ayam (kurang lebih 1+ kg), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca besar kunyit serbuk*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
1 genggam kismis
1/2 cawn susu sejat IDEAL
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji)
5 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar sos cili JALEN
2 camca besar tomato puree
5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
5 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna.

Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api, hias dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI