huawei mediapad X2- Dwi-SIM LTE 4G, Octa-core

Huawei Mediapad X2 merupakan tablet bersaiz pertengahan, membawakan skrin sebesar 7 inci dengan resolusi 1920 x 1200 323ppi, cip pemprosesan 2.0 GHz Kirin 930 lapan-teras 64-bit dengan GPU Mali-T628 64-bit. Tablet ini juga dilengkapi kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP dengan aperture f2.4 dan berupaya menghasilkan gambar selfie yang baik.

Tablet ini mempunyai bateri yang kapasiti yang agak besar, iaitu 5,000 mAh dan beroperasi pada platform Android Lollipop. Bagi kapasiti storan dan memori RAM, terdapat dua variasi yang berbeza mengikut warna, dimana pada versi biasa berwarna perak, ia mempunyai kapasiti storan 16GB dan 2GB RAM. Variasi dengan spesifikasi tinggi berwarna emas dengan kapasiti storan 32GB dan 3GB RAM. Ia juga turut boleh dimuatkan dengan dua kad SIM 4G LTE.

Dari segi kemasan dan kenipisan, ia mempunyai badan yang nipis dengan kemasan aluminium, dan dari segi luaran, ia seakan iPad Mini. Apabila melancarkan fungsi kamera, turut terdapat fungsi penuras gambar yang beroperasi secara masa-nyata, membolehkan pengguna melihat kesan khas. Ini juga salah satu perkara yang boleh dilihat pada kamera iOS. Namun salah satu perkara yang menarik adalah keupayaan meletakkan watermark pada gambar yang dirakam, dan membolehkan pengguna meletakkan informasi berkenaan lokasi dan cuaca pada gambar.











Dari segi kelancaran, peranti ini tampak berkuasa dan laju, dan tiada sebarang lengah masa ditunjukkan. Sepanjang percubaan tiada sebarang masalah yang timbul. Ia agak besar, namun mungkin sekiranya anda ingin melakukan panggilan telefon, jika terasa canggung memegang tablet sebesar ini di telinga boleh memadakankan tablet ini dengan peranti Huawei Talkband. Peranti ini juga mempunyai kualiti bunyi DTS.

Buat masa ini, harganya telah diumumkan di dua negara namun membawakan harga yang berbeza. Di negara Jerman versi 16GB dengan memori 2GB RAM dijual pada harga EUR 349 (~RM 1396) dan versi 32GB dengan memori 3GB RAM dijual pada harga EUR 399 (~RM 1595). Di negara Itali, versi 16GB tersebut dijual pada harga EUR 399 (~RM 1595). Berkemungkinan untuk pasaran tempatan ia akan dijual pada harga berlainan sama-sekali dari kedua negara ini.






info selanjutnya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI