patotlah penjenayah bermaharajalela...ini rupanya kerja polis makan gaji buta asik main tweeter ajer....!!!!

126,000 polis pantau Twitter jika akaun ditutup, kata Khalid  Ahli UMNO cawangan PDRM



Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mengendahkan ancaman sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu melancarkan kempen agar akaun Twitter ketua polis negara itu ditutup.

Katanya, jika akaun peribadinya @KBAB51 ditutup, 126,000 anggota polis akan melakukan pemantauan terhadap salah laku pengguna yang menggunakan laman media sosial berkenaan.

"Saya tiada masalah. Kalau Twitter saya ditutup, banyak cara lain kita boleh memantau Twitter. Ada 126,000 anggota polis. Mereka yang lain buka Twitter, boleh pantau juga.

"Saya tak kisah. Mereka nak lapor pada siapa pun, mereka laporlah. Tetapi kita akan tetap memantau apa juga salah guna mereka terhadap media sosial, bukan saja Twitter, tetapi Facebook dan segala-galanya," katanya.

Khalid berkata demikian pada satu sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Polis ke-208 hari ini.

Beliau diminta mengulas kempen Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) pada Isnin yang menyeru orang ramai membuat aduan kepada Twitter agar akaun ketua polis negara itu ditutup.

Khalid berkata, bagi mengelak salah laku di media sosial, orang ramai dinasihatkan menggunakan platform itu dengan betul, tidak menghasut dan tidak menimbulkan kemarahan orang lain.

Katanya, polis tidak berpihak dalam melakukan siasatan terhadap media sosial seperti didakwa pihak tertentu, dan semuanya akan berdepan tindakan sama.

"Masalahnya, pihak itu saja yang banyak buat kecoh. Jadi, memanglah nampak banyak sangat saya mengambil tindakan.

"Cuba tunjuk apa tweet yang dikeluarkan di pihak kerajaan yang perlu saya ambil tindakan? Cuba beri saya satu tweet BN yang kata begitu begini? Kalau ada, kita akan ambil tindakan yang sama.

"Saya pun dah muak buat penjelasan berat sebelah atau tak berat sebelah. Dah berkali-kali kita cakap," katanya.

GHAH sebelum ini mendakwa, Khalid menggunakan Twitter bagi mengarahkan siasatan polis dijalankan ke atas individu tertentu dan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh diperkatakan di media sosial.

"GHAH menggesa ketua polis negara tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bertindak secara profesional apabila mengarahkan pegawainya menyiasat kejadian jenayah.

"Dalam usaha melindungi pengguna Twitter daripada terus diganggu, rakyat Malaysia perlu membuat laporan terhadap akaun ketua polis negara @KBAB51 dengan mengikuti langkah mudah di laman Twitter untuk melaporkan salah guna itu," kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, salah seorang anggota GHAH.

Khalid dilihat sering menggunakan platform media sosial itu mengarahkan pihak polis menyiasat kenyataan aktivis dan ahli politik pembangkang yang dianggapnya mencetuskan isu sensitif berkaitan kaum dan agama.

Antara arahan yang pernah dikeluarkan Khalid melalui Twitter, menggesa polis menyiasat tweet peguam hak asasi manusia Eric Paulsen yang mendakwa khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menggalakkan ekstremisme.

Tindakan Khalid yang menjadi “mata-mata” di laman sosial menjadikan beliau digelar “ketua Twitter negara" oleh kartunis politik Zulkifli Anwar Haque




##




bukan kita  tak tau yang si khalid nih jadi lidah UMNO jaga perut demi  keselamatan  serta keselesaan tuan UMNO...tak payah nak beri bukti pada dia...yang ada bukti pun tak mampu nak siasat

kerja dia duduk depan tweeter...kerja hakiki sebagai KPN dia tak buat...keselamatan negara  semakin tergugat...jenayah sana sini semakin meningkat....bila KPN sendiri berperangai lahanat...

perabih duit  pembayar cukai lantik mangkuk hayun macam nih...dari dulu kini dan selamanya  pdrm  menjadi anjing kepada kerajaan selagi UMNO memerintah...selagi sistem perundangan tidak di pisahkan  dari seliaan  di bawah JPM.

cuba contohi negara luar  ( amerka syarikat )  adakah polis jadi barua parti yang memerintah...?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI