fungsi sesentuh kepada kesemua skrin komputer

Sistem operasi Windows 8, 8.1 dan 10 direka khas untuk digunakan oleh komputer dengan skrin sesentuh. Ianya diharap dapat membawakan kemudahan seperti menggunakan sebuah tablet tetapi masih mempunyai kemampuan seperti sebuah PC lengkap. Sungguhpun begitu tidak kesemua PC mempunyai skrin sesentuh. Jika anda pengguna desktop tegar  fungsi skrin sesentuh adalah terlalu mahal dan tidak praktikal. Akhirnya fungsi skrin sesentuh seperti Charms Bar dan mentatal skrin ke bawah untuk menutup aplikasi tidak boleh digunakan.

DuoPad cuba membawakan fungsi skrin sesentuh kepada mana-mana PC pada harga yang murah. Ianya sebuah trackpad yang dilengkapi kamera infra merah beresolusi tinggi. Apabila anda meletakkan tangan pada DuoPad ia akan memaparkan tindanan bayang jari anda pada monitor yang digunakan. Kini anda boleh melakukan gerakan hari seperti pinch to zoom, mentatal skrin serta fungsi Charms Bar seperti sebuah tablet pada sebuah PC tanpa skrin sesentuh.

Pada harga permulaan hanya $69 sebuah, ianya memberikan kemampuan skrin sesentuh kepada semua PC pada harga yang mampu milik. Sebagai pengguna Windows 8.1 kami sangat gemarkan fungsi skrin sesentuh. Menggunakan sistem operasi ini jauh lebih mesra pengguna dan intuitif dengan skrin sesentuh. DuoPad ialah alat kawalan input yang  menarik untuk dimiliki.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI