canggih.....canggih....seludup dadah guna dron....!!!




DRON yang digunakan untuk seludup dadah di Penjara Bedford

BEDFORD (Britain) – Sebuah pesawat tanpa juruterbang atau dron digunakan dalam cubaan menyeludup dadah dan senjata ke sebuah penjara kawalan ketat di sini.

Rancangan itu terbongkar selepas dron berkenaan tersangkut pada dawai di tembok keselamatan sebelum dijumpai seorang petugas penjara.

Kejadian berlaku pada 6 Mac lalu itu kes pertama percubaan menceroboh penjara di Britain menggunakan pesawat kawalan jauh.

Pesawat buatan China itu didapati membawa muatan dadah, telefon bimbit, pemutar skru dan pisau.

Kemungkinan pengendali dron itu merancang menerbangkan pesawat berkenaan di luar tingkap penjara.

Pesawat akan berlegar di luar tingkap bagi membolehkan banduan di dalam penjara mencapai kargo kecil berkenaan.

Pesawat yang dirampas di Penjara Bedford itu model DJI Phantom 2 Vision yang mempunyai berat 1.1 kilogram dan mampu terbang sejauh 800 meter.

Ia dilengkapi dengan kamera dan boleh dibeli secara dalam talian atau kedai elektronik pada harga £900 (RM4,939).

Jurucakap polis berkata, pegawai penjara melaporkan penemuan dron itu pada jam 11.30 malam (waktu tempatan).

“Kami meneliti dron dan muatan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang tangkapan di lakukan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI