bayi duyung atau sekadar mau lebih viral di laman sosial...?



gambar bayi dilahirkan dengan kaki seperti ikan duyung yang tersebar di laman sosial kelmarin.


JOHOR BAHRU – Kelmarin heboh berkenaan  dengan  penyebaran gambar dan berita kononnya seorang bayi yang dilahirkan di Hospital Pontian dekat sini memiliki kaki seperti seekor ikan duyung.

Gambar dan berita yang menjadi viral di beberapa laman sosial dan portal berita itu mendapat pelbagai komen yang semuanya menyatakan perasaan terkejut, ajaib dan misteri.

Sumber yang dipetik daripada portal terbabit bermula daripada seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Atok Yan yang menyebarkan gambar bayi berkenaan.

“Seorang bayi telah dilahirkan seperti ikan duyung di Hospital Pontian petang semalam (kelmarin). Mari kita sama-sama ucapkan Subhanallah,” demikian status Facebook Atok Yan berkenaan gambar itu.

Penyebaran gambar tersebut telah mendapat perhatian sebanyak 5,515 pengguna Facebook sebelum ia dikongsi sebanyak 1,229 kali.

Gambar bayi yang menunjukkan kedua-dua belah kakinya melekat seperti kaki haiwan mitos itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian petang kelmarin.

Namun keghairahan rakyat negara ini yang cepat mempercayai gambar dan berita itu tidak bertahan lama apabila selang beberapa jam kemudian Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat menafikan cerita bayi duyung itu.

“Saya boleh katakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial kelmarin  adalah tidak benar.

“Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran direkod di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” kata Ayub .

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI