pengsan gara gara keranda tiba-tiba terbuka



GELSENKIRCHEN – JERMAN – Seorang penggali kubur pengsan selepas terkejut apabila penutup keranda tiba-tiba terbuka dan kemudiannya mendengar ‘mayat’ bertanyakan di manakah dia berada.

‘Mayat’ wanita warga emas yang berusia 92 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor di rumah orang-orang tua dan kemudiannya dibawa ke tempat pengebumian untuk disemadikan.

Anehnya, dia ‘hidup semula’ sebelum dikebumikan dan membuatkan penggali kuburnya pengsan.

Pengurus rumah pengebumian kemudiannya menemui wanita tua tersebut berbaring dalam keranda dengan kedua-dua mata terbuka sebelum membawanya ke hospital.

Dia turut memeriksa nadi wanita berkenaan dan mendapati dia masih hidup.

Memetik laporan Mirror.uk, polis sedang menjalankan siasatan ke atas jururawat dan doktor yang mengesahkan kematian wanita tersebut.

Menurut laporan, wanita itu ditemui di tempat tidur di rumah orang-orang tua oleh penjaga, dan dia menyangka wanita tersebut sudah tidak bernafas.

Seorang doktor telah dipanggil dan kemudiannya mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia sebelum dia dibawa pergi oleh seorang pengurus mayat.

Sementara itu, pengurus rumah orang-orang tua tersebut, Lother Burger berkata ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan sukar untuk diterangkan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI