doktor jadi badut rawat pesakit



BOYCE (kanan) ceria bersama doktor ‘badut’ dikenali sebagai ‘Dr. Fairy Floss’ yang merawatnya


MELBOURNE – Sekumpulan doktor di sini memakai kostum badut ketika membuat rawatan terhadap pesakit kanak-kanak bagi memastikan proses rawatan dapat dilakukan dalam suasana ceria dan menarik.

Seorang pesakit kanak-kanak, Sophie Boyce berkata, dia kini sentiasa berasa teruja untuk mendapatkan rawatan di Hospital Royal Melbourne Children apabila dihiburkan oleh dua orang doktor dikenali sebagai ‘Dr. Fairy Floss’ dan ‘Dr. Fantastic’.

“Mereka akan melakukan pelbagai perkara seperti menyanyi, berjenaka dan bermain bersama pesakit supaya kami tidak berasa takut ketika dalam rawatan,” ujarnya yang menjalani rawatan tangan yang terbakar ketika berusia tiga tahun.

Terdapat 60 orang doktor ‘badut’ yang memberikan perkhidmatan di 22 hospital utama di sekitar Australia. Program rawatan seperti itu dianjurkan oleh sebuah organisasi sukarela dan tidak dibiayai oleh kerajaan mahupun hospital.

Menurut Dr. Lou Pollard yang memegang watak sebagai ‘Dr. Quack’, mereka akan berada selama tiga hingga empat hari di sesebuah hospital dengan memberikan ‘terapi jenaka’ kepada pesakit kanak-kanak.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI