wanita curi televisyen masuk dalam kain



WANITA tersebut kemudian memasukkan sebuah televisyen plasma di dalam kainnya sebelum keluar dari pasar raya.

GUAPILES, Costa Rica – Seorang wanita berjaya mencuri sebuah televisyen plasma di sebuah pasar raya di sini dengan menyembunyikan alat elektrik tersebut di dalam kain yang dipakainya.

Rakaman sebuah kamera keselamatan di pasar raya itu menunjukkan wanita berkenaan masuk ke premis berkenaan dengan seorang rakannya sebelum berpura-pura melihat peralatan elektrik yang dipamerkan.

Beberapa saat kemudian wanita itu dilihat mengambil sebuah televisyen plasma dan terus memasukkan ke dalam kainnya sebelum berjalan keluar dari pasar raya tersebut dengan tenang.

Seorang pekerja pasar raya berkenaan, Jacint Ramirez Callas, 25, berkata, wanita itu hanya mengambil masa 13 saat untuk melarikan televisyen berkenaan tanpa disedari sesiapa.

“Dia kelihatan seperti seorang profesional dan juga mempunyai paha yang kuat kerana boleh mengepit televisyen berkenaan.

“Saya hairan kerana televisyen tersebut tidak terjatuh dan dia juga boleh berjalan seperti biasa,” katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI