betul tu mejar zaidi...sebagai umat islam kita tidak boleh ( haram hukumnya ) terlibat dengan sebarang penipuan



Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat Mahkamah Tentera bercerita mengenai pengalamannya di forum anjuran Bersih 2.0, di Kuala Lumpur, malam tadi

Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat Mahkamah Tentera pada Isnin  lalu  kerana melanggar disiplin memberitahu forum malam tadi beliau tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

Zaidi berkata, tindakannya membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang tidak efektif semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana beliau bertanggungjawab untuk menyatakan kebenaran.

"Mereka (kerajaan) mengatakan dakwat itu kekal tetapi saya dapati ia boleh dibasuh. Saya tidak mahu jadi sebahagian daripada penipuan.

"Saya orang Islam dan bertanggungjawab menyatakan kebenaran. Saya tidak menyesal untuk menyatakan kebenaran," kata Zaidi pada satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum malam tadi dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut menampilkan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.

Zaidi dijemput untuk memberikan ucapan pembukaan dan berkongsi pengalaman perbicaraan dengan Mahkamah Tentera.

Beliau berterima kasih kepada Bersih 2.0 atas sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang perbicaraan.

"Kawan sebenar sukar untuk datang dan Bersih merupakan sahabat dan berada bersama saya sejak awal lagi," katanya.

Zaidi membuat laporan polis berhubung dakwat kekal selepas PRU13 dan diambil tindakan disiplin. Beliau didapati bersalah kerana berkongsi maklumat sulit dengan media

##


Awal akhir zaman bermula dengan berkata "BENAR" satu kesalahan, untok hidup, untok mendapat kenikmatan dunia ianya wajar dengan "MENIPU" .

KETAHUILAH BAHAWA MUSIM YANG KITA LALUI INI ADALAH MUSIM RAMAI YANG HUDIP DENGAN MENIPU. Yang bercakap benar tidak ada tempat dalam masyarakat, itu lah yang Nabi SAW kata "banyak nya BUIH" .

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI