polis hilang jari tertembak pistol yang di sangka tak berpeluru
Pegawai polis, Darrell Smith, 58, berada di sebuah kedai senjata api di Kentucky, Amerika Syarikat semasa kejadian itu berlaku.
Darrell Smith kini terpaksa melupakan kariernya sebagai pegawai polis akibat kehilangan jari telunjuk dan sudah memfailkan saman ke atas kedai senjata api tersebut.
Kisah seorang pegawai polis yang tertembak perutnya sendiri dan bertugas di Pejabat Polis Glasgow, Amerika Syarikat.
Kejadian melibatkan Darrell Smith, 58, itu berlaku di sebuah kedai menjual senjata api, Barren Outdoors di Kentucky.
Menerusi rakaman kamera pengawasan, pegawai polis itu dilihat membelek pistol jenis kaliber 380 yang diserahkan oleh salah seorang pekedai di situ tanpa menyedari ia sudah diisi dengan peluru.
Secara tiba-tiba, satu das tembakan terlepas dari muncung pistol tersebut dan terkena jari telunjuk kirinya.
Akibatnya, jari tersebut mengalami kecederaan teruk dan tidak dapat diselamatkan.
Darrell yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam bidang kepolisan kini dikhabarkan sudah memfailkan saman ke atas kedai tersebut kerana kecederaan itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan tugasnya selain terpaksa menanggung kos rawatan yang tinggi.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI