keretapi rempuh bas bawa banduan



ANGGOTA polis memeriksa bas yang terbabas sebelum dirempuh kereta api di bandar Odessa di negeri Texas, Amerika Syarikat yang menyebabkan 11 penumpang terbunuh kelmarin.



SEJUMLAH barangan berterabur di tepi landasan selepas sebuah kereta api barang merempuh bas yang membawa banduan.

ODESSA, Amerika Syarikat – Sebanyak 11 penumpang termasuk lapan banduan maut selepas sebuah bas yang mereka naiki terbabas ke dalam satu landasan sebelum dirempuh sebuah kereta api barang.

Kejadian yang berlaku di sebuah lebuh raya berhampiran Odessa di negeri Texas itu turut menyebabkan empat banduan dan seorang pegawai cedera.

Seorang pegawai polis, Sheriff Mark Donaldson berkata, bas yang membawa sekumpulan banduan itu tergelincir lalu hilang kawalan selepas melalui jalan raya yang berais di sebuah jambatan di lebuh raya negeri itu.

Bas itu kemudiannya terbabas masuk ke dalam satu laluan kereta api dan terus dirempuh sebuah kereta api barang yang sedang bergerak laju.

Seorang pegawai di Jabatan Keselamatan Awam Texas, Elizabeth Barney berkata, rempuhan yang kuat itu menyebabkan sebahagian penumpang bas berkenaan tercampak keluar dari kenderaan.

“Semua banduan tidak memakai tali pinggang keledar dan mereka juga digari secara berpasangan,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati bas tersebut dipercayai terbabas akibat hilang kawalan kerana jalan ketika itu dilitupi ais.

Bagaimanapun, kereta api yang membawa pelbagai barangan itu tidak tergelincir dan hanya mengalami kerosakan pada bahagian gerabak

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI