turki kutuk ‘kebebasan media’ Charlie Hebdo...malaysia bila lagi...masih goyang telur dalam seluar atau tunggu obama beri isyarat dengan kayu golf ke..?



SEBAHAGIAN penduduk menyertai tunjuk perasaan bagi membantah tindakan sebuah akhbar di Turki yang turut menyiarkan karikatur daripada akhbar Charlie Hebdo.

ANKARA, Turki – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu semalam berkata, kebebasan media tidak bermakna akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo bebas menghina sesiapa sahaja tanpa had dan batasan.

Menurut beliau, dalam tindak-tanduk akhbar itu, Turki tidak akan sama sekali membenarkan Nabi Muhammad dihina, malah perbuatan secara berterusan akhbar berkenaan menyiarkan karikatur Nabi Muhammad merupakan satu provokasi yang dilakukan secara terang-terangan.

“Kebebasan media tidak bermakna bebas untuk menghina,” kata Ahmet kepada akhbar harian Turki, Cumhuriyet dan beberapa laman web di negara itu sebagai mengulas mengenai tindakan akhbar Charlie Hebdo yang terus menyiarkan karikatur Nabi Muhammad dalam edisi terkini Rabu lalu.

Akhbar berkenaan menerbitkan edisi khas setebal empat muka surat karikatur Nabi Muhammad selepas 12 orang mati ditembak oleh lelaki bersenjata yang melancarkan serangan terhadap pejabat akhbar itu di Paris.

“Kami tidak akan membenarkan sesiapa menghina Nabi Muhammad di negara ini. Sebagai kerajaan, kita tidak boleh memihak kepada kebebasan akhbar bagi mengurangkan tindakan penghinaan seperti ini.

Menurut Ahmet, kebanyakan penduduk Turki adalah beragama Islam dan mereka mungkin tidak lagi boleh bersabar jika Nabi mereka terus dihina.

“Kami bertekad mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad dan pada masa sama kami turut menentang keganasan yang berlaku di Paris,” katanya.

Sebuah mahkamah di Turki kelmarin mengarahkan sebuah laman web yang menyiarkan muka depan akhbar Charlie Hebdo disekat.

Sementara itu, pergerakan Hezbollah di Lebanon dalam satu kenyataan turut mengutuk akhbar Charlie Hebdo dan menyifatkan tindakan berkenaan bakal menyemarakkan lagi kegiatan pengganas.

Kerajaan Senegal turut bertindak tegas mengharamkan pengedaran akhbar satira berkenaan di negara itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI