pawagam khas untuk orang buta




SEORANG pelajar Pusat Latihan Gurney, Wan Ashuardy Asmin (depan, kanan) menunjukkan tiket wayang ketika menonton filem di pawagam khas untuk OKU penglihatan di Kompleks MAB, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dengan kerjasama Maybank Bhd. memperkenalkan pawagam khas bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan untuk membolehkan mereka menonton tayangan filem seperti golongan normal.

Apa yang membezakan kemudahan tersebut dengan pawagam biasa ialah visual dipaparkan disertakan sistem audio yang memberikan penerangan tentang adegan atau pergerakan dalam filem tersebut.

Pawagam khas tersebut merupakan yang pertama dilancarkan di Malaysia dan Asia Tenggara bagi memberikan peluang kepada golongan OKU penglihatan untuk menikmati tayangan filem.

Pawagam khas yang menyediakan paparan visual berserta audio penerangan (AD) tentang tayangan filem tersebut merupakan inisiatif pertama yang diwujudkan di rantau ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI