piza daging babi ‘Halal’ dijual di singapura



SINGAPURA – Sebuah syarikat pengedaran bahan makanan antarabangsa, Liban Foods di sini mengesahkan Dr. Oetker Ristorante Hawaii Pizza, salah satu produk sejuk beku popular mereka sebagai tidak halal di pasaran republik itu. 

Dalam kenyataan kepada media pada Khamis, syarikat itu turut menafikan beberapa gambar yang disebarkan menerusi laman siber kononnya piza beku jenama tersebut sebagai halal untuk dimakan umat Islam sebenarnya adalah amat palsu. “Bungkusan asal produk piza ini tiada memiliki sijil halal dan ia juga tidak pernah diisytihar sebagai makanan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura kerana produk ini memang sah mengandungi daging babi,” tegas jurucakap Liban Foods.

Syarikat itu mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja menyebar gambar piza tersebut dengan paparan label halal dan mereka telah melaporkan kepada pihak berkuasa Singapura mengenai gambar itu sebagai kes penipuan komersial. “Kami prihatin implikasi serius isu ini dari segi hukum agama dan menyeru orang ramai tidak menyebarkan gambar berkenaan jika menerimanya selain menghubungi talian atau e-mel kepada Liban Foods untuk penjelasan rasmi,” kata kenyataan itu.

Media tempatan turut menyiarkan gambar-gambar sebenar produk piza asal dengan perisa babi berbanding produk tiruan yang kononnya mempunyai dua pelekat logo halal berbeza daripada pihak berkuasa agama Islam antarabangsa. Produk Dr. Oetker yang berasal dari Jerman amat terkenal sejak diasaskan pada 1891 sebagai pengeluar terbaik barang makanan pengguna jenis sejuk beku seperti keju, yogurt, emping jagung, tepung kek dan puding selain minuman. 

Firma itu memiliki lebih 26,000 pekerja di seluruh dunia dengan perolehan tahunan kira-kira €10 bilion, malah turut terlibat dalam bisnes perkapalan, perbankan, penerbitan, insurans dan rangkaian hotel di negara-negara Eropah. 

Selain dijual di Singapura, produk piza Dr. Oetker turut dijual di pasaran Eropah selain Australia, Afrika Selatan, Brazil, Kanada, India, Namibia serta negara-negara Islam antaranya Arab Saudi, Lebanon dan Malaysia.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI