kotak rokok tanpa jenama untuk cegah perokok tapi langgar hak milik intelektual



CONTOH kotak rokok tanpa jenama yang bakal dijual di Britain jika undang-undang penjualan rokok berkenaan diluluskan

LONDON – Kerajaan Britain merancang untuk mengemukakan satu rang undang-undang bagi memaksa syarikat tembakau menjual rokok di dalam kotak tanpa jenama sebelum Mei ini.

Menteri Muda di Kementerian Kesihatan Britain, Jane Ellison berkata, langkah memperkenalkan kotak rokok tanpa jenama itu suatu langkah yang tepat kerana merokok mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

“Tindakan ini akan menjadikan prospek generasi pertama bebas rokok cuma selangkah lagi untuk direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Langkah itu yang bertujuan meningkatkan kesihatan penduduk dan mengurangkan jumlah perokok dalam kalangan kanak-kanak dijangka mengurangkan keuntungan syarikat pengeluar rokok.

Britain bakal mengikut jejak langkah Australia apabila meluluskan undang-undang untuk memaksa rokok dijual di dalam kotak berwarna hijau denga ,tindalann imej yang menunjukkan bahaya merokok.

Sejak kotak rokok tanpa jenama diper­kenalkan pada tahun 2012 di Australia, penjualan rokok di negara itu telah jatuh dengan ketara.

Kejayaan itu menyebabkan Britain mahu mengambil tindakan yang sama walaupun kerajaan Australia terpaksa berdepan tindakan undang-undang daripada pengeluar rokok yang membantah peraturan tersebut.

Syarikat-syarikat pengeluar rokok menentang keras peraturan baharu tersebut kerana mendakwa kotak tanpa jenama melanggar hak milik intelektual yang melindungi jenama dan menggalakkan penjualan rokok tiruan serta seludup

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI