lebih 300 rakyat china jadikan malaysia transit sertai IS
12:51 PG
berita
,
dalam negeri
,
pejuang negara islam ( ISIL )
,
putrajaya
,
rakyat china
,
sertai
Edit
IraqiNews.com pernah mendedahkan, sekurang-kurangnya 300 rakyat China dipercayai menyertai perjuangan ISIS.
PUTRAJAYA – Lebih 300 rakyat China menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke negara ketiga dan seterusnya memasuki Syria dan Iraq untuk menyertai kumpulan pejuang IS, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Keselamatan Awam China Meng Hongwei dalam pertemuan mereka di pejabat Ahmad Zahid di sini, pada Rabu.
Ahmad Zahid berkata Kuala Lumpur dan Beijing memandang berat isu ancaman keselamatan dan komited untuk mengekang masalah itu secara lebih teliti.
“Walaupun ada perjanjian antara Malaysia dan China untuk atasi masalah keganasan dengan tindakan menangani keganasan, tapi masalah ini berat.
“Ini kerana kita dapati terdapat jalinan di peringkat antarabangsa antara pengganas-pengganas dari China dengan pengganas-pengganas dari negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Meng itu.
Ditanya mengenai kemungkinan kumpulan rakyat China itu mempunyai jalinan dengan penduduk tempatan di negara ini, Ahmad Zahid berkata buat masa ini tiada maklumat mengenainya diterima.
BERNAMA
##
sedap mulut ajer kata mereka ini pengganas ...ikut acuan yahudi...tuduh gerakkan islam semuanya pengganas...zahid nie sebenarnya samseng yang ada hubungan tokeh judi phua.bila lempang orang bukan satu ancaman dah macam pengganas lah pulak
Tawaran tampar Teresa Kok bukan ancaman, kata Zahid
surat zahid cemar imej polis sokong tokeh judi
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI