kawah gunung berapi di tengah padang pasir arab saudi

Terdapat banyak fenomena aneh di dunia. Perkara seperti itu menjadi daya tarik traveler untuk melihatnya dari dekat. Di Arab Saudi terdapat satu kawah besar di tengah padang pasir yang luas.

Kawah tersebut bernama Al Wahbah dan lokasinya berada di barat dataran tinggi Hafer Kishb. Kawah ini berada di 254 km dari Kota Taif atau sekitar 4 jam lebih dari Bandar Jeddah. Yang pastinya anda bakal melewati padang pasir yang luas sebelum tiba di sana.

Perjalanan yang melelahkan pastinya terbayar apabila anda melihat kawah Al Wahbah dari dekat. Kawah ini kelihatan seperti tempat hentaman meteor. Mirip dengan kawah yang ada di Arizona, AS. Al Wahbah berada di kedalaman 250 meter dengan diameter 2 km.

Menurut ahli geologi, kawah ini terbentuk oleh aktiviti gunung berapi dalam bentuk letupan magma cair di bawah tanah di masa lalu. Wilayah tersebut dipercayai dahulunya adalah kawasan gunung-ganang.

Di salah satu sisi kawah itu terletaknya sebuah kon abu gunung berapi, yang tersisa dari gunung berapi. Yang unik, permukaan kawah Al Wahbah berwarna putih. Warna itu berasal dari kristal natrium fosfat putih.

Melihat kawah Al Wahbah dari dekat. Seolah-olah, terdapat lingkaran berwarna putih besar. Bagi anda yang suka fotografi, kawah Al Wahbah adalah objek foto yang indah, yang mungkin hanya ada satu di dunia.













About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI